"So Are You Guys Officially Dating Or What" - Netizen Speku Sweet Qismina Bercinta Dengan Adam Lee?

Zulaikha Yusof
April 16, 2019 04:38 MYT
Peminat mula berspekulasi pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee kini sedang hangat menjalin hubungan cinta.
Menerusi kemas kini Instagram (IG), Sweet dan Adam berkongsi foto mereka di laman sosial masing-masing.
Lebih mengukuhkan dakwaan hubungan mesra mereka apabila mereka kelihatan 'tag' nama di foto antara satu sama lain.
Malah ada segelintir pengikut menunjukkan rasa cemburu dan kecewa apabila melihat foto mereka bersama.
Namun, ada segelintir peminat yang bersetuju jika Sweet dan Adam menjalinkan hubungan cinta memandangkan mereka berdua sepadan.
Sekadar info, Sweet mula aktif di industri hiburan pada tahun 2007 manakala Adam pada tahun 2014 dan mereka berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
#Sweet Qismina #Adam Lee