“So Baby Nak Lahir Tahun 2019 ke 2020?”- Baby Overdue 2 Minggu, Yatt Hamzah Bimbang

Syafiqah Jalal
Disember 30, 2019 07:39 MYT
Pelakon Yatt Hamzah akui tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata keempatnya yang kini sudah melepasi tarikh matang sepatutnya anak dia dilahirkan.
Yatt bimbang kerana sehingga kini tiada tanda bayinya untuk keluar, jika tidak doktor berikannya masa sehingga 31 Disember ini untuk melahirkan bayinya itu.
“Hari itu 26 Disember, Bonda ke @pusrawiofficial dan hampir-hampir kena tahan wad sebab doktor bagi date sampai 26 hari bulan sahaja.
“Tapi bila check up baby, urine test, CTG (monitor jantung baby), Alhamdulillah semua okay. Air ketuban pun banyak.
“Jadi Dr. Habibah bagi masa lagi pada Bonda hingga 31 Dec 2019. Kalau baby still happy dalan tummy Bonda, kenalah paksa dia keluar.
“So baby Bonda awak nak lahir 2019 atau 2020?” Tulisnya.
Yatt berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Kemas kini terdahulu, Yatt ada berkongsi mengenai persiapannya yang sudah dilakukan sejak dua minggu lagi untuk bersalin.
Dalam entri itu juga, Yatt turut berkongsi tips serta senarai barang-barang keperluan ibu dan bayi untuk dibawa ke hospital.
“Dah berhabuk dah beg hospital ni, dekat dua minggu dah bonda packed. Tapi Baby tak keluar-keluar juga,” katanya.
Rata-rata pengikutnya mendoakan agar urusannya dipermudahkan.
Yatt mendirikan rumah tangga dengan juru video Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 3, dan Suci Hayfa Medina, 1.
Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 7, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.
#Anak #Bersalin #Yatt Hamzah #Mengandung