Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“So, Chow For Now” - Shila Amzah Umum Berhenti Guna Media Sosial

Asyikin Mayudin
11/09/2023 09:55 MYT
Perkongsian di Instagram Stories (IG Story) milik penyanyi Shila Amzah yang mengatakan dia mahu berhenti menggunakan sosial media buat sementara waktu menarik perhatian.

Menerusi perkongsian itu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, dia menyifatkan media sosial sebagai platform yang terlalu toksik untuk dirinya.

"Saya akan berhenti bermain media sosial untuk sementara waktu. Ia (media sosial) sudah menjadi tempat yang agak toksik untuk saya.

“So, chow for now. Jaga diri semua orang dan semoga menjalani hari yang baik," tulisnya.

Difahamkan, hantaran tersebut dibuat Shila selepas dia menerima kecaman bertalu-talu daripada netizen susulan baju yang digayakannya ketika tampil membuat persembahan di konsert Hauboom 2023, pada Ahad.

Pada konsert tersebut, pelantun lagu Patah Seribu itu dilihat mengenakan baju kemeja berwarna merah jambu di luar dan t-shirt polos berwarna putih di bahagian dalam.

Bagaimanapun, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan penampilan tersebut kerana menampakkan bentuk perut penyanyi berusia 33 tahun itu.

BACA SINI: Shila Amzah & Ubai Enggan Stres Soal Zuriat - “Kita Berdua Kena…”

BACA SINI: Sebulan Kahwin, Shila Amzah; "Bahagian Paling Saya Suka Adalah ..."


#Shila Amzah #Shila #Shila baju #Shila media sosial