Hiburan
"So Far Alhamdulillah Senang Sangat Umi Jaga Anak Soleh Ni .." - Bekas Isteri PU Abu
Bekas isteri PU Abu, Ain Afini berkongsi pengalaman menjaga anak lelakinya, Muhammad Adam Aysar.
Menurut Ain, Adam seorang anak yang mudah dijaga sepanjang kelahirannya.
Selain itu, Ain turut berkongsi perasaannya sama ada untuk rehat bersama Adam ataupun menyelesaikan kerja rumah yang tertangguh.
"Hamboi suka sangat sengih masa tidur eh. So far alhamdulillah senang sangat umi jaga anak soleh ni.
"Tapi umi selalu dilemma bila Adam tidur, umi patut rehat sekali ke atau lipat kain yang dah menggunung tu? Rehat sekali macam lagi best. Eh eh," tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut ibu tunggal ini tidak lokek berkongsi pengalaman masing-masing.
"@wardah_1711: Mama saya pesan time anak tidur, kita tidur sekali. So mohon tidur ye."
"@kiosk_syurgasehat: Banyakkan rehat ummi adam. Kain menggunung tu upah orang, @puabu.official yang bayar. Haruslah kan."
"@kaayumanis25: Bila dalam pantang banyakkan rehat. Bila baby tidur kalau ada waktu berehat la sekali. Ambil masa untuk tidur. Sebab nanti bila dah habis pantang, time anak tidur la kita kena buat kerja rumah. Masa tu dah sihat kan. Semua nak kena buat sendiri."
Terdahulu, PU Abu menceraikan Ain kerana bekas isterinya mendakwa dirinya tidak sanggup dimadukan dengan seorang janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa.
Ain mengundang simpati netizen apabila dia diceraikan suami ketika sedang sarat hamil tujuh bulan dan selamat melahirkan anaknya pada 7 Jun lalu.