"So Happy To Have You As A Kakak..." Ucapan Hari Lahir Adam Buat Bunga Citra Lestari Penuh Kasih Sayang

Badrul Hashim
Mac 22, 2020 19:55 MYT
Adik bungsu dalam keluarga Sinclair, Adam Sinclair cukup membuktikan bahawa keluarga mereka sangat bahagia dan saling menyayangi.
Biarpun baru kehilangan abang tersayang, Allahyarham Ashraf Sinclair, perkara tersebut tidak menghalang mereka untuk 'meraikan' hari lahir isteri kepada arwah, Bunga Citra Lestari.
Dalam satu entri di Instagram miliknya, Adam mengaku ada masanya dia terlupa betapa singkatnya perkenalan antara mereka kerana mereka begitu cepat rapat di antara satu sama lain.
"Happy birthday Unge. Terlalu pantas kita rapat sehinggakan saya terlupa begitu singkat kita mengenali antara satu sama lain.
"Betapa banyaknya kita lalui saat-saat gembira, perbualan yang hebat, ketawa yang menyeronokkan dan betapa saya gembira setiap kali kita bertemu," tulis Adam dalam Bahasa Inggeris.
Tambah Adam, masa pantas berlalu bila mereka bergembira dan betapa dia sangat menyayangi Bunga sebagai seorang kakak dan sebagai seorang teman rapat.
"Love you so much and so happy to have you as a kakak and also as one of my best friends.
"Lain kali kita berjumpa, kita makan kek ya, tapi tolong buatkan. Love you so much," tulis Adam lagi.
Selepas lebih sebulan menyepikan diri daripada membuat sebarang posting di laman sosial sejak pemergian suaminya, penyanyi Bunga Cinta Lestari menulis sesuatu pada hari lahirnya yang disambut pada Ahad.
Baca: "Ini Bukan Perjalanan Yang Mudah, Tetapi.."- Bunga Citra Lestari 'Bersuara' Di Hari Ulang Tahun Kelahirannya
#Hari Lahir #Adam Sinclair #BCL