Pelakon terkenal Korea, So Ji Sub memilih untuk menamatkan zaman bujang di usia 42 tahun bersama kekasih hatinya, Jo Eun Jung.

Berita gembira itu diumumkan dalam kenyataan rasmi oleh agensinya, 51K hari ini.

Menurut agensinya, pasangan itu telah pun mendaftarkan perkahwinan mereka namun mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis perkahwinan mereka disebabkan virus pandemik COVID-19.

“Ji Sub dan Eun Jung telah mengakui perasaan cinta mereka pada tahun lalu telah berjanji untuk bersama sepanjang hayat mereka. Jadi pasangan ini telah mendaftarkan perkahwinan mereka hari ini iaitu 7 April 2020.

“Selaras dengan permintaan Ji Sub dan Eun Jung untuk memori bahagia dalam hidup mereka, hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang akan hadir.

“Selain itu, pasangan ini juga memutuskan untuk menderma 50 juta KRW (Lebih RM178,000) kepada Good Neighbors untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan kelengkapan pendidikan.

“Dengan bantuan tersebut mereka akan memperoleh tablet PC dan juga peranti pintar untuk membantu pengajian mereka.

“Kami ingin mengucaokan terima kasih kepada anda semua yang sentiasa memberikan kasih sayang dan juga sokongan kepada Ji Sub.

“Agak sukar bagi pihak kami untuk memberikan maklumat berkenaan dengan perkahwinan mereka memandangkan pasangan Ji Sub bukan dari kalangan selebriti. Harap anda semua memahami.

“Kami hara panda merestui pasangan yang bakal memulakan hidup baru mereka tidak lama lagi. Ji Sub akan membalas jasa anda semua dengan kembali sebagai pelakon yang lebih baik,” maklum wakil agensinya.

BACA: So Ji Sub Bercinta Dengan Wartawan Beza Usia 17 Tahun, Ini Foto-Foto Sekitar Temu Janji Mereka

Terdahulu, hubungan pasangan ini didedahkan secara eksklusif oleh portal eksklusif terkenal Korea, Dispatch pada Mei 2019.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!