"So One Down. Next Stop, Perth?" Zahirah Bagi Gambaran Pada Aiman Sudah Dapat Restu Ayah

Badrul Hashim
Januari 31, 2019 02:58 MYT
Dalam satu entri bergambar bersama bapanya yang dimuat naik Zahirah Macwilson ke Instagram, dia bercerita tentang keakraban mereka.
Pada gambar tersebut, Aiman Hakim Ridza yang menjadi cinta hati Zahirah turut meninggalkan komen.
Menariknya apabila Zahirah memberikan jawapan yang membayangkan dia sudah mendapat restu daripada ayahnya, Zainol Macwilson.
"So one down. Next stop... Perth?" tanya Zahirah kepada Aiman.
Ibu kandung Zahirah, Maslinda Yusof kini menetap di Perth, Australia bersama suami barunya selepas bercerai dengan Zainol.
Mungkinkah Zahirah mahu membawa Aiman ke Perth untuk mendapat restu ibunya?
Kami di Gempak mendoakan yang baik-baik dan semoga perncintaan Zahirah dan Aiman akan membawa mereka ke jenjang pelamin.
#Aiman Hakim Ridza #Zahirah Macwilson