Aktor Remy Ishak telah selamat mengadakan Majlis Tahnik buat putera sulungnya, Tuah Alam pada 21 Ogos lalu.

Majlis yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat itu dilihat sederhana namun sangat meriah.

Rata-rata tetamu yang hadir memakai baju atau jubah serba putih bagi meraikan bayinya yang baru sahaja dilahirkan pada 27 Julai lalu.

Istimewanya amalan sunat tahnik itu dilakukan sendiri oleh seorang pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ahmad Dasuki yang menyuapkan sedikit kurma ke dalam mulut anaknya.

Namun di pertengahan acara itu, Remy tiba-tiba membuat kejutan kepada isterinya. Ezza dengan memberikan sesuatu sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua.

Ezza dilihat terharu dengan kejutan itu dan tetamu yang hadir turut meraikan hari ulang tahun mereka bersama pada hari tersebut.

Nak tahu apa kejutan itu dan melihat sendiri kemeriahan majlis tahnik? Saksikan rakaman penuh secara eksklusif di digital bytes #OhBabyRemy di Gempak!

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)