Hiburan

"So Thoughtful La Aurora, Tanya Siap Bisik. So Cute" - Diana Danielle Terlupa Anak Tengah...

gempak
Badrul Hashim
01/05/2020
00:45 MYT
Sponsor Banner
"So Thoughtful La Aurora, Tanya Siap Bisik. So Cute" - Diana Danielle Terlupa Anak Tengah...
Berkongsi gambar dan video di media sosial merupakan satu cara menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila berada di rumah.
Bukan sahaja selebriti, tetapi sesiapa sahaja yang mahu berkongsi video keluarga, video masakan, gambar solat jemaah dan pelbagai lagi menghidupkan suasana media sosial.
Tetapi kadangkala dalam keadaan tertentu, kita terlupa dengan mereka yang mengambil gambar dan video.
Itulah yang terjadi pada Datin Diana Danielle dan lebih menyeronokkan, video tersebut seolah tidak dirancang dengan baik dan menjadikannya menghiburkan.
Baca Lagi: "Dah Tiga hari Khalifah Kecil Saya Berpuasa" - Diana Danielle Puji Muhammad Tidak Tinggal Puasa
Baca Lagi: "Aurora Melengkapkan Keluarga Kami. Maknya Dah Lengkap" - Diana Danielle Bayangkan Tidak Lagi Mahu Cahaya Mata
Baca Lagi: "Saya Tak Mahu Kata Saya Tidak Mencuba Yang Terbaik" - Diana Danielle Sedar Marah Dan Benci Hanya Akan...
"Mommy are you done?” tanya Aurora secara berbisik.
"Saya minta Aurora merakamkan momen kami bermain tetapi saya terlupa tentang dia!
"Saya rasa mungkin dalam 10 minit juga dia berdiri dengan kamera mengambil video kami," ketawa Diana bercerita dalam Bahasa Inggeris menerangkan situasi yang terjadi.
Rata-rata mengikut Diana di Instagram memuji kepetahan dan kecomelan Aurora, apatah lagi dia hanya berbisik bertanyakan ibunya.
Datin Diana Danielle mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil, dan dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024