Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Soal Tentang Apa Perasaan Jadi Duda, Netizen Kurang Senang Soalan Janna Nick Pada Fattah - “Apalah Soalan Macam Ni, Husband You Tu Handsome Idaman Ramai”

Mya Amri 07/05/2025 | 23:55 MYT

Pelakon, Janna Nick mendapat perhatian apabila ada netizen meluahkan rasa kurang senang dengan soalan temu bual yang diajukan kepada aktor, Fattah Amin.

Netizen kurang selesa dengan soalan Janna

Menerusi video yang kini tular di media sosial itu merakamkan Janna sedang bertanyakan soalan mengenai bagaimana perasaan seorang lelaki yang mengalami masalah rumah tangga dan kecundang sehingga bergelar duda.

undefined

Tidak kurang juga ada yang memuji Fattah kerana kelihatan tenang sebaik sahaja soalan itu diajukan kepadanya.

“Baik betul FA ni, orang cakap macam tu pasal ex dia, dia masih tak rasa nak marah instead of mengiyakan ke apa. Satu dalam sejuta sungguh lah,” komen seorang netizen lagi.

Sekadar Info, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan pasangan ini bagaimanapun sah bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya.

Bagi hak penjagaan anak pula diserahkan sepenuhnya kepada pelakon Fazura. Manakala, Fattah dibenarkan bermalam dua kali dan lawatan tiga kali seminggu.

#Fattah Amin #Janna Nick #Netizen #Temu Bual #Kurang Senang