Soalan Ameng Kepada Pegawai Penjara, Buat Audiens Konti Karat Pecah Perut!

Fiza Kamarudin
Oktober 6, 2017 10:50 MYT
Bekas bintang Gegar Vaganza, Ameng, mengejutkan audiens Konti Karat apabila berkongsi pengalamannya di dalam penjara.
Bukan penonton sahaja yang terkejut, pengacara Konti Karat, Shuib pun jadi serba salah ketika Ameng mula membuka mulut tentang pengalaman malam pertamanya di penjara Kluang.
“Malam pertama ‘check-in’ di ‘villa’ saya tak boleh tidur. Saya tanya kepada warden penjara...kenapa tak ada kipas?”
"Lepas tu warden tu jawab; Ameng...kau kena bezakan perkataan ‘penjara’ dengan ‘hotel’. Ini bukan hotel, nanti aku letak kipas kau tak nak balik!”, kata Ameng ketawa dan disambut penonton di studio Wood & Steel.
Selain itu Ameng turut memberitahu, di dalam penjara dia berdoa setiap hari supaya dapat keluar daripada tirai besi dalam keadaan bernafas.
Ameng turut berkongsi rasa syukurnya tentang apa yang berlaku dan menjadikan semuanya sebagai pengalaman hidup dan tidak mungkin dilupakan.
Konti Karat menemui penonton pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Prima saluran 105 dan Maya HD saluran 135.
Konti Karat turut menampilkan beberapa selebriti terkenal sebagai artis jemputan setiap minggu seperti Siti Sarah, Siti Nordiana, Hazama, Mawi, Zarul, Ayai Ilusi dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan Konti Karat malam ini, untuk menyaksikan apa lagi yang bakal didedahkan Ameng.
#Penyanyi #Ameng #Penyanyi #Konti Karat