Soalan ‘Bila Nak Ada Anak’ Sensitif… Netizen & Rakan Artis Pujuk Achey & Isteri
Izwan Isa
19/12/2022 04:50 MYT
19/12/2022 04:50 MYT
Baru-baru ini, pelawak Achey dan isterinya, Nur Hasanah Yahaya atau Anne mendedahkan yang percubaan mereka untuk memperoleh cahaya mata menerusi proses persenyawaan in-vitro (IVF) menemui kegagalan.
Menerusi perkongsian sepotong video di Instagram, anak angkat kepada Achey iaitu Nur Tiara Zinnirah juga kelihatan sedih apabila mengetahui dirinya tidak dapat menjadi seorang kakak.
Menerusi perkongsian berkenaan, Anne menganggap dia dan suaminya belum ada rezeki untuk dikurniakan cahaya mata.
Katanya, ujian IVF yang dijalankan negatif dan dia percaya bahawa mungkin belum ada rezeki untuk mereka sekeluarga menerima ahli orang baharu.
Menerusi kemas kini di Instagram Achey pula, pelawak itu turut meluahkan perasaan berkenaan dengan kegagalan isterinya melalui proses IVF berkenaan.
“Empat bulan keluar masuk sini… jumpa lagi. Bukan tak move on tapi ia sedikit perlahan.
“Ruang masa mungkin lebih. Anne will come back stronger. Aku? Kerja tetap jalan cuma perasaan masih di situ,” tulisnya.
Meninjau ruangan komen, ramai rakan-rakan artis yang turut memberikan kata-kata semangat kepada Achey.
“Moga yang baik-baik untuk mu Achey dan Anne. Tau perasaan itu. Dua kali percubaan, belum berhasil. Cakap Anne, kita semua kuat. Moga Allah gantikan kesedihan kita dengan kegembiraan, kebahagiaan dan rezeki dari setiap sudut. We love you Anne,” tulis pelakon Elizad Sharifuddin.
“Perjuangan hang dan Anne Allah nampak sahabat. Aku yakin kami semua yakin. Allah maha besar. Amin,” tutur Sharnaaz pula.
Sementara itu, seorang pengikut Achey turut memberi pesan kepada orang ramai supaya lebih sensitif terhadap mereka yang belum menerima cahaya mata.
“Soalan ‘bila nak ada anak?’ adalah soalan yang paling sensitif buat pasangan yang dah berkahwin tapi tiada zuriat. Tolong jangan push dengan bertanyakan soalan sebegitu kepada mereka.
“Tolong hormati mereka dan jangan sakitkan hati mereka. Berikan kata semangat dan berdoa pada mereka agar tetap kuat dan tabah. Kepada abang Achey dan family, stay strong dan semoga Allah permudahkan segala urusan kalian,” tulisnya.
Pada 9 Disember lalu, Achey berkongsi perkembangan IVF ketika itu sudah melalui proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakan.
Untuk info, Achey dan isteri mendirikan rumah tangga pada 2011 dan mereka mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia empat tahun.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.