Soalan Merapu! – Netizen Kritik Fathia Latiff Kendali Sesi FB Live Bersama Tun M

Kamaruddin Razal
Jun 17, 2017 07:22 MYT
Selepas menjadi moderator untuk sebuah sesi Facebook Live (FB Live) bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M), aktres Fathia Latiff dihujani dengan kritikan pedas netizen.
Menerusi sesi FB Live #CheDetJawab yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi milik Tun M pada Jumaat lalu, Fathia yang bertindak sebagai moderator dikecam oleh pengguna media sosial yang menganggap soalan dikemukakan oleh Fathia tidak bersesuaian dengan Tun M.
Ada netizen menganggap pertanyaan yang diajukan oleh Fathia sebagai soalan yang merapu malah ada juga yang beranggapan Fathia tidak menjalankan tugasnya untuk melakukan kajian sebelum beraksi sebagai moderator.
Namun begitu, ada juga di kalangan netizen menyebelahi Fathia dengan mengatakan ini merupakan pengalaman baru untuknya sebagai moderator.
Menerusi laman Instagram milik Fathia, @fatiyalatiff, gadis yang pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Uniersiti Teknologi MARA ini mempunyai pendapat tersendiri dalam menjawab segala kritikan yang dilemparkan terhadapnya.
“I’m not trying to be smart, but I genuinely wanted to ask questions which I think people want to know and things that I honestly do not know. It’s just a casual and informal chat / interview. I’m not a journalist nor a politician.
“I’m representing the voice of youth out there and I’m sorry if my questions not satisfy your needs. Nevertheless, I’m happy to be chosen as a moderator of Tun Mahathir. Thank you for the opportunity. Bagi saya, soalan yang datang dari hati tak semestinya kena 'research' dulu. #janganGadaiNegarakeranaHarta #sometimesitsHardtofightforTheTruth,” tulis Fathia.
Sehingga kini, sesi FB Live Fathia bersama Tun M yang berlangsung dalam durasi 45 minit itu mendapat hampir 850 perkongsian dan meraih 135,000 tontonan.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#Viral #Fathia Latiff #Viral #Tun M