"Sodiq Taknak Makan Tempat Mahal, Nak Food Court Je Jadi Semua Boleh Pilih Apa Nak Makan" - Hati Ozlynn Tersentuh

Badrul Hashim
Februari 7, 2020 10:00 MYT
Pada satu entri di Instagram @jozlynnhanania, Ozlyn Wati berkongsi beberapa keping gambar sempena hari lahir anaknya Sodiq.
"Sempena birthday Sodiq semalam papa surprisekan hadiah dan bawak dia jalan tengok view Kuala Lumpur dan keindahan alam sambil tazkirah dalam kereta.
"Bukan untuk Sodiq je tapi utk semua. Alhamdulillah, dan gambar terakhir adalah lokasi kami sekeluarga menjamu selera.
Tulis Ozlynn, mereka sekeluarga menikmati Tandoori bersama Naan Cheese berhadapan dengan Ampang Point.
"Sodiq cakap tak nak makan kat tempat mahal. Nak makan kat food court je. so sume org boleh pilih apa nak makan.
"Aiyokkkkk mama tersentuh hatilah sebab dia ada hati untuk fikir untuk orang lain jugak. Papa dia kemain sebut semua tempat makan yang sedap. End up dia cakap food court," tulis Ozlynn lagi.
Ozlynn berkahwin dengan Johan pada 2009 dan dikurniakan dengan lima orang cahaya mata, Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.
#Anak #Johan #Ozlyn Wati