Penyanyi Fitri Haris terpaksa akur melepaskan anak perempuannya, Sofea Solehah yang masih lagi di bawah umur untuk pulang ke Singapura seorang diri menaiki kapal terbang.

Menurut Fitri, 36, keputusan itu dibuat selepas segala usaha mencari jalan bagi menghantar anaknya yang berusia 16 tahun itu pulang ke negara jiran menemui jalan buntu susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

"Anak saya warganegara Singapura, di saat Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan, kami berada di Universiti Utara Malaysia, Kedah. Apabila saya hendak menghantar Sofea pulang, semua jalan darat, imigresen tutup tak boleh masuk Singapura.

"Saya cuba menghubungi semua kenalan pihak berkuasa, tiada satu jalan pun selain melalui penerbangan. Cuma, yang membuat saya sedih adalah saya tidak boleh menemaninya.

"Ke sana sini saya cuba selesaikan, akhirnya terpaksa akur dan dalam keadaan tidak boleh terima, Sofea terpaksa balik seorang naik kapal terbang. Masih bawah umur dan tak pernah saya membiarkan Sofea sendiri," kongsinya menerusi satu posting di Instagram miliknya.

COVID-19: Sangat memberi impak kepada saya, anak saya warganegara SINGAPURA, di saat perintah pergerakan kawalan di lakukan, kami berada di UUM, kedah, dan apabila saya hendak menghantar sofea pulang, semua jalan darat, immigrations tutup tak boleh masuk ?? singapore, hari saya hiba, saya cuba menghubungi semua kenalan fi pihak berkuasa, tiada satu jalan pun selain by FLIGHT. Cuma yang membuat saya sedih adalah Saya tidak boleh menemani, even jika org singapore ke klia by flight n balik semula singapore utk ambil sofea mereka pula kena self quarantine 14 days. Ke sana ke sini saya cube menyelesaikan, akhirnya terpaksa akur dan dalam keadaan tidak boleh terima, sofea TERPAKSA BALIK SEORANG NAIK FLIGHT ?? .. under age dan tak pernah saya membiarkan sofea sendiri.. Allah .. ujian ... cuma melegakan hati saya sedikit, apabila @malaysiaairlines ada menawarkan assistant.. bawa sofea sampai ke seat dan bila sampai ada assistant bawa sampai ke mama sofea... syukur sangat2.. tapi masih hiba dan sedih .. bila nampak susuk badan sofea hilang dari pandangan... Wahai semua.. percayalah .. COVID 19 inj banyak mengajar kita .. banyak membrri hikmah buat mereka yNg mau berfikir..STAY AT HOME, jangan keluar utk perkara yang tidak penting.. spend ur time with urself utk bermuhasabah dan with ur family sementara masih ada masa.. tatkala kakian busy dengan kerja dan urusan lain, saat utu jangan di tanya takde masa dengan keluarga dan diri sendiri .. kerana hikmah ini akan dapat kebaikannya buat mereka yang tahu bersyukur dan tidak MEMENTINGKAN DIRI.. miga kita terhindar dari sebarang wabak penyakit.. moga Malaysia ?? di pulihkan dan di jauhkan dari wabak COVID19 atau sebarang oenyakit yang kemudharatkan amin...

A post shared by Dr. Fitri Haris | 01126684664 (@fitriharisofficial) on


Walaupun bimbang dengan keselamatan anak perempuannya itu, kata Fitri dia lega apabila pihak syarikat penerbangan menawarkan bantuan mengiringi anaknya ke dalam pesawat.

"Cuma melegakan hati saya sedikit apabila @malaysiaairlines ada menawarkan khidmat pembantu, bawa Sofea sampai ke tempat duduk dan bila sampai ada pembantu bawa sampai ke mama Sofea, syukur sangat-sangat," ceritanya.

Terdahulu, kerajaan menyekat perjalanan keluar rakyat Malaysia ekoran Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac hingga 31 Mac ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Sofea merupakan cahaya mata hasil daripada perkahwinan terdahulu yang mana bekas isterinya itu kini menetap di Singapura.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, bekas anggota UNIC itu menamatkan zaman dudanya dengan pengurus sendiri, Fazilah Omar.