HIBURAN

Soffi Jikan Alami Jangkitan Pada Jantung, Keadaan Agak Serius

Mya Amri 25/08/2025 | 00:55 MYT
Pelakon, Soffi Jikan kini dipindahkan ke Hospital Serdang berikutan masalah kesihatan yang dialaminya sebelum ini.

Jangkitan pada jantung


Berita itu dimaklumkan menerusi hantaran di akaun TikTok @mrhasyim pada Ahad.

Menurutnya, keadaan terkini Soffi agak serius kerana mengalami jangkitan kuman pada bahagian jantung.
undefined
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen menitip doa agar pelakon hebat itu cepat sembuh.

Sebelum ini, akaun yang sama memaklumkan aktor itu pada mulanya dirawat akibat terkena jangkitan kencing tikus dan demam denggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Soffi Jikan Kini Dirawat Di Hospital, Dipercayai Alami Jangkitan Kuman - “Dada Dia Sakit & Hati Suspek…”


Selepas dirawat selama enam hari dan dibenarkan pulang, Soffi sekali lagi ditahan wad susulan mengalami sakit dada dipercayai akibat jangkitan kuman.

#Soffi Jikan #Jangkitan #Jantung #Masalah Kesihatan