Laman Utama
Sofia Jane Tegur Pengguna Jalan Raya Tak Berhemah Termasuk Segelintir Penghantar Makanan - "Berpada-Padalah, Lampu Merah Jangan Langgar"
Aktres jelita, Datin Sofia Jane memberi teguran kepada segelintir penunggang motosikal yang menghantar makanan untuk berpada-pada dan tidak melanggar isyarat lalu lintas.
Teguran itu ditulis menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya.
"Saya mohon kepada penunggang motosikal yang menghantar makanan, berpada-padalah.
"Lampu merah jangan dilanggar. Orang yang mahu melintas jalan seperti berhadapan dengan maut setiap kali di lintasan," tulisnya.
Tambah bintang filem Perempuan dan Hanyut ini, beliau faham akan tugas penghantar makanan yang mahu mencapai kuota harian, namun keselamatan harus diutamakan.
"Saya faham kalian nak capai kuota harian tapi janganlah sampai nak menjemput maut," tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Sofia juga kurang senang dengan sikap pengguna jalan raya yang suka menggunakan hon terhadap pejalan kaki.Saya mohon of penunggang motosikal yg menghantar makanan, berpada2 lah . Lampu merah jangan main langgar.. Org nak lintas jalan seperti berhadapan dgn maut setiap kali di lintasan. Saya faham kalian nak capai kuota harian tapi jgnlah sampai nak menjemput maut— So J (@MemHanyut) June 19, 2021
Tegas beliau, pengguna jalan raya harus memperlahankan kenderaan di kawasan pejalan kaki dan perumahan.
“Siap hon mereka di tempat lintasan pejalan kaki. Kalau memandu di kawasan perumahan, perlahanlah. Budak-budak, orang tua nak berjalan pun payah kerana takut dilanggar. Apa nak jadi ni?
“Dah tak ada undang-undang jalan raya ke? Ini baru motosikal, belum lagi saya meroyan fasal pemandu kereta,” tegasnya.
Siap hon mereka di lintasan pejalan kaki. Kalau memandu dikawasan perumahan, perlahan lah. Budak 2 , orang tua nak berjalan pun payah takut dilanggar. Apa nak jadi ni ?— So J (@MemHanyut) June 19, 2021
Apa yang pasti, teguran Sofia sangat relevan dan harus diambil iktibar memandangkan masih ramai pengguna jalan raya yang tidak berhemah di negara kita.Dah takda undang2 jalanraya ke? Ni baru motosikal, belum lagi saya meroyan pasal pemandu kereta.— So J (@MemHanyut) June 19, 2021
Foto: Nona & mStar
Must-Watch Video