HIBURAN
Sokong Impian Anak Perempuan Nak Jadi ‘Baker’, Aeril Zafrel & Wawa Hadiahkan ‘Chiller’ - “Dia Memang Minat…”
Video pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah ‘chiller’ kepada anak perempuannya iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa menarik perhatian.
Sokong minat anak
Menurut Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, pemberian hadiah itu sebagai sokongan dia terhadap minat anaknya dalam bidang kulinari.
“Gembira anak ayah dapat chiller. Dia memang minat bakery. Sebagai ayah, ayah akan buat apa sahaja untuk sokong minat anak ayah.
“Ayah doakan Hayla menjadi baker yang berjaya suatu hari nanti,” kongsinya menerusi laman sosial miliknya.
Haura yang bersyukur dengan pemberian itu turut meluahkan rasa gembira kerana ibu bapanya merealisasikan impian kecilnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Nak Bermadu? Wawa Zainal Nak 'Jual' Aeril Zafrel Harga RM5 Juta Tapi Netizen Minta Jaga Percakapan - “Jangan Cakap Yang Pelik-Pelik”
ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal, Aeri Zafrel Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta - "Kami Ingin Perniagaan Diberkati"
ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel Kongsi Foto Sedang ‘Healing’ Bersama Keluarga, Tapi Lain Pula Yang Ditanya Netizen - “MARA Dah Bayar Ke?”
Difahamkan, Haura giat berniaga kek batik mengikut jejak langkah Aeril dan Wawa menceburi bidang usahawan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira apabila melihat ibu bapa dengan positif menyokong minat anak-anak mereka.
undefined