Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sokong Vaksin, PU Rahmat Dihina & Digelar Ustaz Dajjal - "Saya Dah Block Berpuluh Orang Anti Vaksin"

Amri Hassan
25/02/2021 09:14 MYT
Pendakwah bebas PU Rahmat Ikhsan mendedahkan dirinya mendapat kecaman pihak tertentu apabila menyatakan sokongan terhadap suntikan vaksin COVID-19.

Kata PU Rahmat, kecaman ekstrim itu diterima di media sosial hingga ada yang menggelarkan dirinya Ustaz Dajjal.

"Alhamdulillah dah lebih 20 orang gelar saya Ustaz Dajjal kerana pendirian yang menyokong vaksin.

"Sekarang ni kalau aku ustaz dajjal, siapa ustazah dajjal.

"Sejak semalam saya dah block berpuluh orang anti-Vacc yang hina saya dan panggil saya dengan bermacam gelaran seperti Ustaz Dajjal.

"Saya block bukan marah tapi nak halang kamu buat dosa. Jangan risau kamu semua masih boleh baca dan tonton video saya. Mana tau satu hari nanti kalian terbuka hati menerima kebenaran," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terdahulu, PU Rahmat lantang menyuarakan sokongannya terhadap suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula semalam.

PU Rahmat turut berkongsi di Instagramnya bahawa dirinya bersetuju untuk mengambil suntikan vaksin.

Malah, PU Rahmat turut berkongsi tujuh sebab atas pendiriannya itu.

1) Vaksin telah difatwakan oleh Para Mufti adalah harus dan tiada perkara yang haram didalamnya.

2) Vaksin telah diuji oleh pakar perubatan mempunyai kadar kesan sampingan yang kecil

3) Vaksin adalah salah satu bentuk ikhtiar dan Usaha dalam mencegah Penularan Covid19

4) Para Ulama Besar yang lebih alim daripada saya seperti Shaykh Abdallah Shaykh Al-Mahfoudh Bayyah telah mengambil Vaksin.

5) Saya menurut kata pemerintah seperti saranan didalam Al Quran.

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.” - al-Nisa':59

6) Vaksin dibuat oleh Pakar Perubatan yang lebih cerdik daripada saya dan mereka juga muslim Turki

7) Vaksin telah diuji dan mempunyai kadar keberkesanan yang tinggi.

A post shared by Rahmat Ikhsan / Pu Rahmat (@rahmat_ikhsan_official)


#Viral #Vaksin #Pendakwah #COVID-19 #PU Rahmat Ikhsan #Ustaz Dajjal
;