Selepas tular video seorang selebriti menunaikan solat dalam kereta, netizen mula berbalah tentang hukum ibadat itu ditunaikan dalam keadaan sedemikian.
Pendakwah muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan memaklumkan, solat di dalam kenderaan adalah dibolehkan, dengan syarat ia ditunaikan atas sebab darurat.
Baca: Solat Ketika Kereta Sedang Bergerak: "Itu Urusan Saya Dengan Allah" - Fathia Latiff
Meskipun begitu, darurat itu tidak boleh diambil ringan kerana terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk satu situasi diklasifikasikan sebagai darurat.
"Pertama sekali, saya perlu jelaskan saya tidak tahu situasi selebriti itu sehingga dia mengambil keputusan untuk menunaikan solat dalam kereta.
"Tetapi secara umum, solat di dalam kereta dibenarkan jika benar-benar dalam keadaan darurat. Contohnya, jika dia tersangkut dalam kesesakan jalan raya, dan tidak ada peluang langsung untuk keluar kereta dan singgah di mana-mana untuk solat," katanya memetik laporan Astro Awani.
Jelasnya, dalam keadaan darurat, ada dua pilihan iaitu boleh melakukan solat jamak takhir, contohnya jika terlepas waktu Maghrib, atau boleh dilakukan dalam kereta.
"Jika masih ada peluang untuk singgah ke surau di stesen minyak, atau di mana sahaja lokasi yang membolehkan solat seperti biasa dilakukan, tak sepatutnya tunai solat dalam kereta," katanya.
Tambahnya lagi, mengikut mazhab Syafie, seseorang yang menunaikan solat dalam kereta, ia dikira sebagai solat hormat waktu dan solat itu perlu ditunaikan semula apabila berkemampuan.
"Contohnya jika dia solat Maghrib dalam kenderaan kerana kesesakan jalan raya, dia perlu menunaikan solat itu kembali sebaik dia tiba di rumah," ujarnya.
Imam Muda Asyraf juga mengingatkan masyarakat agar tidak meremehkan hal kemudahan yang diberi dalam menunaikan solat, kerana ia ibadat wajib dan merupakan rukun Islam.
Semalam, video seorang pelakon wanita menunaikan solat di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke sebuah acara, tular dan menjadi perbualan netizen.
Video itu dimuat naik ke Instastory akaun Instagram yang dimiliki pereka gaya pelakon terbabit.
Sumber: Astro Awani
Susunan oleh: Amri Hassan
Foto: @imammudaasyraf
Amri Hassan
Fri Apr 27 2018
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.