READ
Solekan Ala Bintang RIHANNA — Anda Kena Cuba Teknik Solekan ini, Haslinya MELETOP!

Oleh: Afiza Kamarulzaman

SEBELUM: Wajah yang kusam dan tidak bermaya.
LANGKAH 1
Sapukan pelembap dan ratakan primer dan bedak asas serata wajah.

LANGKAH 2
Tekapkan pemudar gegelang gelap bawah mata rona jingga.

LANGKAH 3
Setkan solekan asas kanvas wajah dengan pupukan bedak menggunakan span.

LANGKAH 4
Konturkan wajah pada sisi rahang, bawah dagu, atas dahi dan tulang hidung.

LANGKAH 5
Pilih dua rona pembayang mata untuk lakaran kelopak mata berkontur.

LANGKAH 6
Akhiri dengan sapuan gincu rona gelap bertekstur pusam.


SELEPAS: ”Lebam mata berjaya disamarkan dengan solekan glamor berkeyakinan.”
PRODUK

Yves Saint Laurent Tatouage Couture


H&M Beauty light & Shade Contour Duo