Solihin Tak Tidur 4 Tahun Kerana Telinga Berdesing
Gempak
01/06/2024 13:38 MYT
01/06/2024 13:38 MYT
Seorang lelaki dari Garut, wilayah Jawa Barat mendakwa bahawa dia tidak dapat tidur selama empat tahun kerana mengalami masalah telinga berdesing.
Menerusi laporan laman berita Tribunnews, lelaki dikenali sebagai Solihin, 50, itu tidak dapat tidur sejak tahun 2020.
Solihin mengaku bahawa telinga kanannya sentiasa bunyi berdesing dan sejak itu, ia tidak pernah sembuh.
Doktor kemudian memberikan pelbagai ubat bagi merawat keadaan tersebut, namun ia tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya.
Kini, Solihin mengaku bahawa dia tidak lagi menjalani rawatan kerana mengalami masalah kewangan.
Yodi menjelaskan bahawa Solihin bukannya tidak dapat tidur selama empat tahun, sebaliknya tidak dapat tidur lena.
“Hasil pemeriksaan doktor pusat kesihatan mendapati terdapat masalah di telinga pesakit sehingga telinganya berdengung dan mengganggu tidurnya,” katanya. – AGENSI
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Menerusi laporan laman berita Tribunnews, lelaki dikenali sebagai Solihin, 50, itu tidak dapat tidur sejak tahun 2020.
Solihin mengaku bahawa telinga kanannya sentiasa bunyi berdesing dan sejak itu, ia tidak pernah sembuh.
“Bermula dengan berdengung dan berdesing di telinga kanan, ia berlanjutan sehingga ke hari ini dan saya tidak dapat tidur sejak 2020,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya.
Pernah jumpa doktor
Solihin menjelaskan bahawa dia pernah berjumpa doktor bagi merawat keadaannya.Doktor kemudian memberikan pelbagai ubat bagi merawat keadaan tersebut, namun ia tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya.
Kini, Solihin mengaku bahawa dia tidak lagi menjalani rawatan kerana mengalami masalah kewangan.
Tak dapat tidur lena
Sementara itu, Pejabat Kesihatan Daerah Garut menerusi setiausahanya, Yodi Sirodjudin menjelaskan keadaan sebenar yang dialami oleh Solihin.Yodi menjelaskan bahawa Solihin bukannya tidak dapat tidur selama empat tahun, sebaliknya tidak dapat tidur lena.