HOLLYWOOD
Sombr Raih Jutaan Strim, Sedia Tawan Dunia Dengan 'I Barely Know Her' - "Saya Gembira Selagi ..."
Fenomena alt-pop antarabangsa, Sombr, bakal meluncurkan album debutnya yang sangat dinanti-nantikan, I Barely Know Her, pada 22 Ogos ini menerusi Warner Records.
Penyanyi muda berusia 20 tahun itu dijangka melonjak ke tahap superstardom selepas mencatat pelbagai kejayaan sepanjang 2025, termasuk siri konsert jelajah arena yang habis dijual serta rekod penstriman mengagumkan.
Album ini turut mendapat sentuhan penerbit legenda Tony Berg yang pernah bekerjasama dengan Phoebe Bridgers dan Boy Genius.
Sombr, atau nama sebenarnya Shane, mula mencuri perhatian pada usia 19 tahun dengan single debut Caroline yang meraih lebih sejuta strim hanya dalam minggu pertama dan kini sudah melepasi 38 juta strim di Spotify.
Lagu-lagu lain seperti Willow, Would’ve Been You (45 juta strim) dan Do I Ever Cross Your Mind (13 juta strim) mengukuhkan lagi reputasinya sebagai bintang baharu.
Tidak terhenti di situ, nama Sombr semakin bersinar apabila tersenarai dalam Billboard 21 Under 21 sebagai antara artis muda paling berpengaruh tahun ini.
Malah, dia juga tercalon di MTV Video Music Awards 2025 bagi kategori Artis Baharu Terbaik dan Video Alternatif Terbaik, satu pengiktirafan besar dalam kerjaya awalnya.
Single terbarunya, 12 to 12, terus mendapat sambutan hangat hingga melonjakkan jumlah pendengar bulanannya di Spotify kepada lebih 3.6 juta.
Sebelum ini, Sombr baru sahaja menamatkan Jelajah Amerika Utara 2024 yang mencatat persembahan habis jual di bandar besar seperti New York, Los Angeles dan Toronto. Persembahan penutupnya di The Troubadour, Los Angeles mendapat pujian hebat kerana aura persembahan yang penuh tenaga.