Laman Utama
"Sometimes Rasa Macam Kenapa I Tak Ada Suami Lagi?" - Daiyan Trisha
Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha akui penat untuk melalukan persediaan memasuki rumah baharunya iaitu dari kondominium ke rumah 'landed' lebih besar.
Kata Daiyan meskipun dia teruja namun terpaksa akui telah menghadapi pelbagai cabaran kerana banyak perkara diuruskan dalam satu masa.
"Tak sabar nak tunggu rumah baru siap dan pindah.
"Sejujurnya saya sangat penat dengan kerja dan menguruskan beribu-ribu perkara sekaligus - saya pasti anda semua sudah tahu.
"Tetapi percayalah apabila saya katakan, persediaan untuk rumah baharu pada kemuncak tempoh kerjaya tersibuk anda adalah satu lagi tahap sakit kepala. seperti, jangan salah faham saya sangat teruja tetapi rumah ini besar dan saya terpaksa membuat begitu banyak keputusan...
"Jadi banyak perkara yang saya tidak biasa seperti ia sudah bertukar gila daripada kondo kepada harta tanah itu sendiri - tetapi perbezaan saiz?," katanya.
Daiyan berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik fotonya ketika membuat persiapan removasi rumah baru sertq pertama kali memasuki rumah kondominium miliknya tiga tahun lalu.
Oleh kerana terlalu tertekan menguruskannya sendiri, Daiyan turut mempersoalkan dirinya yang kini masih belum temui jodoh.
"Sometime rasa macam kenapa i tak ada husband yet untuk help me make these decisions hahahaha. kan best kalau boleh make the decisions together lol tapi dream house dah sampai dulu takkan nak say no pulak.
"I i love this house so nak taknak kena la buat sendiri jugak," luahnya lagi.
Pada Ogos lalu, Daiyan menayang sebuah rumah agam yang dipercayai rumah banglo dua tingkat yang dimilikinya hasil titik peluhnya sendiri.