Son Ye Jin Bakal Muncul Dengan Naskah Baru? Okay Ni Memang Tak Sabar!

Mya Amri
April 16, 2021 08:50 MYT
Nama pelakon Korea popular, Son Ye Jin disebut bakal membintangi karya terbaharu terbitan JTBC berjudul Thirty-Nine.
Agansinya, MSTeam Entertainment melaporkan Ye Jin ada menerima tawaran itu dan dalam proses meneliti naskah berkenaan.
Watak yang ditawarkan kepada Ye Jin adalah Cha Mi Jo iaitu seorang seorang wanita yang telah membesar dengan kaya raya dan menjadi pengarah klinik rawatan kulit yang terletak di Gangnam.
Ye Jin sebelum ini muncul dengan naskah popular iaitu Crash Landing On You bersama aktor Hyun Bin.
#Artis Korea #Son Ye Jin #Gempak Chingu