Berita
Son Ye Jin Coret Perasaan Mengenai Cintanya Bersama Hyun Bin; "Ini Adalah Tahun Baru..."
Selepas percintaan mereka diumumkan, aktres Son Ye Jin telah mencoretkan perasaannya di akaun Instagram, semalam.
Bersama sekeping gambar sebakul bunga, bintang itu pun menuliskan perasaannya.
Kekasih Hyun Bin itu mengaku malu kerana memulakan tahun 2021 dengan kisah peribadi berbanding kariernya.
"Ini tahun baru. Dan muncul di hadapan kalian dengan cerita peribadi, bukannya mengenai karier membuat saya berasa malu," tulis Ye Jin seperti dilaporkan Soompi.
Ye Jin kemudian menyambung dirinya tidak tahu apa yang patut diperkatakan, malah berasa canggung kerana pada akhirnya perlu 'membuka' kisah percintaannya bersama Hyun Bin kepada umum.
"Saya berasa canggung. Tetapi saya sangat berterima kasih kerana telah bertemu dengan ramai orang yang baik.
"Saya juga berusaha keras untuk menjaga hubungan ini sebaiknya. Saya sangat menghargai semua dukungan dan kasih sayang anda kepada saya.
Saya harap akan terjadi lebih banyak perkara yang baik pada tahun ini," tulis wanita itu.
Terdahulu, media Korea Selatan, Dispatch melaporkan aktor dan aktres yang menjadi pasangan dalam siri fenomena Crash Landing On You itu sah bercinta.
Susulan laporan tersebut, pihak agensi kedua duanya ikut memberikan kenyataan rasmi dengan mengesahkan berita yang membuat banyak peminat mereka gembira.
Sebelum ini, Ye Jin dan Hyun Bin memang kerap digosipkan bercinta, namuan mereka menafikan laporan tersebut.
Ironi, pasangan itu sudah lapan bulan menjalin hubungan asmara.
Must-Watch Video