Sonam Kapoor Menggigil Selepas Kena Jerit Dengan Pemandu Uber Di London

Amri Hassan
Januari 30, 2020 09:29 MYT
Aktres popular Bollywood, Sonam Kapoor berdepan detik mencemaskan apabila dia dimaki oleh pemandu Uber ketika berada di London baru-baru ini.
Kata pelakon filem Slumdog Millionaire itu, tindakan pemandu tersebut disifatkannya kurang stabil!
"Saya menggigil selepas kejadian berkenaan," katanya menerusi laman sosial Twitter.

Hey guys I’ve had the scariest experience with @Uber london. Please please be careful. The best and safest is just to use the local public transportation or cabs. I’m super shaken.

— Sonam K Ahuja (@sonamakapoor) January 15, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambah Sonam, dia telah cuba membuat aduan kepada pengendali perkhidmatan itu namun tidak diendahkan.
"Saya cuba membuat aduan menerusi aplikasi anda dan hanya dibalas oleh 'robot'. Kalian patut mengemaskini sistem.
"Kesalahan telah dibuat dan tiada apa lagi yang boleh diperbaiki.
"Langkah terbaik dan selamat adalah menggunakan pengangkutan awam atau teksi sahaja," sarannya.
Kejaduan itu berlaku seminggu selepas Sonam mengkritik sebuah syarikat penerbangan di Britain yang telah menghilangkan bagasinya buat kali kedua dalam bulan ini.
Sumber: Aljazeera
#Bollywood #Uber #Sonam Kapoor