,
Berita

SonaOne Terbit Lagu Dwibahasa Indonesia-Inggeris Pertama Untuk A.Nayaka, Penyanyi Rap Indonesia!

Fiza Kamarudin
07/10/2020
01:05 MYT
Penyanyi rap dan komposer berbakat, SonaOne menjalinkan kerjasama dengan bintang baru dari Jakarta Selatan, Ariel Nayaka.
Single baru Ariel Nayaka atau A.Nayaka berjudul Waktu Tiba diterbitkan oleh SonaOne yang merupakan rakan lamanya.
Waktu Tiba menceritakan tentang mengembalikan cinta kepada diri sendiri yang pernah hilang, merupakan karya pertama diwibahasa yang dirakam untuk untuk A.Nayaka.
"Saya selalu membayangkan lagu seperti ini untuk A.Nayaka tetapi tidak pernah berpeluang untuk berkongsi idea itu.
Selepas mengharungi satu malam yang panjang di studio dengan tidur yang tidak cukup, keesokan harinya ketika kami kembali bekerja, kami tahu apa yang harus dilakukan.
“Cerita selebihnya adalah sejarah,” kongsi SonaOne mengenai pengalamannya semasa menghasilkan Waktu Tiba.
Sementara itu A.Nayaka penyanyi rap berusia 26 tahun yang membesar di Texas, Amerika Syarikat ini berkata, dia mahu memecahkan halangan di Indonesia dalam menghasilkan lagu-lagu berbahasa Indonesia-Inggeris yang berkualiti tinggi.
"Saya percaya itu adalah langkah seterusnya dalam evolusi saya sebagai pemuzik. Menulis lagu dwibahasa bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi melakukannya sambil menjadikan lagu itu menarik lebih mencabar.
“Lagu ini juga merupakan kisah silam saya yang diterjemahkan ke dalam lirik sekaligus melenyapkan perasaan ketidakselesaan terhadap diri sendiri yang dialami ketika bercinta dahulu.
“Dah tiba masa dia pergi dan kami memutuskan hubungan dengan cara yang baik,” katanya.
Video muzik Waktu Tiba juga telah merakam video muzik dengan pimpinan Eddie Edzuan dan Cwnddien dari 33.3 Studios, ketika krisis wabak Covid-19.
Karier A. Nayaka bermula dalam industri musik rap dan hip-hop bermula dengan album “Curriculum Vitae” yang dilancarkan pada tahun 2016.
Kemudian pada tahun 2017, dia melancarkan mini album “Colorblindflo” yang mengandungi 6 buah lagu berjudul "Escape", "Powder Pablo", “For Real Williams”, “Midas Touch”, “Hunnid MF” dan "Hunnid On Dash ”.
Manakala albumnya berjudul “Cadence Blue” (2018) menerima pencalonan bagi "Album of the Year" dalam Indonesia Music Awards 2018.
Pada tahun 2019, A. Nayaka secara rasmi bergabung dengan Def Jam South East Asia, salah satu label rakaman di bawah Universal Music Group khusus untuk wilayah Asia Tenggara.
Def Jam merupakan label muzik hip-hop yang sangat terkenal di Amerika Syarikat dan sering menerima dan merekrut pemuzik hip-hop dan rapper terkenal seperti NAS, A Tribe Called Quest, Big Sean dan Kanye West.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Universal Music Malaysia & Alternate Records Kini Jadi Rakan Strategik, Pacu Revolusi Muzik Tempatan!

gempak
15/07/2024
18:00 MYT
Dua ‘label’ berkolaborasi menjadi rakan strategik pemasaran muzik tempatan! Gabungan antara syarikat rakaman muzik tempatan Alternate Records dan syarikat rakaman bertaraf antarabangsa, Universal Music Malaysia dijangka membawa revolusi dalam landskap muzik tempatan dan bakal membuka peluang baharu untuk artis-artis tempatan untuk meluaskan pengaru
Laman Utama

7,000 Banjiri Neon Music Festival, Penganjur Janji Line-Up Lebih Padu Tahun Depan!

gempak
10/10/2023
11:06 MYT
Neon Music Festival berlangsung gilang-gemilang di Surf Beach Sunway Lagoon pada Jumaat lalu.
Laman Utama

"Joe Flizzow & Sonaone Hanya Kurang 2 Markah Dengan Aina Abdul"- Sengit! Juri Tak Ragu-Ragu Angkat 'Terus Hidup' Juara AJL37

gempak
13/02/2023
04:41 MYT
Sengit! Juri Tak Ragu-Ragu Angkat 'Terus Hidup' Juara AJL37
Laman Utama

#GMWA2022: Berbajet Besar Hingga RM400K, Ada Special Effects, Ini Fakta Calon-Calon Top 5 Video Muzik Tergempak

gempak
12/01/2023
13:50 MYT
Memang gempak!
Laman Utama

"Dari Budak Nakal Sekarang Sudah Berkahwin" - Joe Flizzow Imbas Kisah Hidup Dalam Lagu Satu Malam Di Temasek

gempak
01/07/2022
10:25 MYT
Lagu ini dicipta, ditulis dan diterbitkan sepenuhnya bersama rakan seperjuangannya yang sangat berbakat, SonaOne.
Unitar