Hiburan

Song Ji Hyo, Kim Jong Kook Derma Baki Bayaran Running Man Kepada Badan Amal

gempak
Mya Amri
20/12/2016
10:05 MYT
Sponsor Banner
Song Ji Hyo, Kim Jong Kook Derma Baki Bayaran Running Man Kepada Badan Amal
Bintang Running Man, Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang istimewa sebagai tanda setia kepada program berkenaan.
Mereka mengambil keputusan mendermakan baki bayaran penampilan Running Man mereka kepada badan amal.
Perkara itu disahkan sendiri oleh seorang wakil daripada syarikat penyiaran Seoul Broadcasting System (SBS) dalam satu kenyataan pada 19 Disember (semalam).
Menurut wakil tersebut, Song ji Hyo dan Kim Jong Kook akan mendermakan keseluruhan baki bayaran mereka mulai episod akan datang sehingga selesai sesi penggambaran pada bulan Februari tahun depan.
Bagaimanapun, wakil pengurusan Song Ji Hyo memberitahu kedua figura popular itu masih lagi belum membuat keputusan mengenai badan amal mana akan didermakan.
“Mereka ambil keputusan untuk menderma sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua penonton yang sentiasa menyokong mereka.
“Selain itu ini juga merupakan tanda permohonan maaf berikutan isu kontroversi Running Man baru-baru ini,” katanya.
Olahan oleh: Mya Amri
Sumber: Koreaboo, Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024