Laman Utama

Sooka Original Series Ini Buat Rindu Zaman Sekolah, Ini Perangai Karakter Drama Kau Vs Aku

Mya Amri
19/08/2022
09:00 MYT
Drama Original siri sooka berjudul Kau Vs Aku merupakan adaptasi webnovel Wattpad karya Nurul Husnina Mockthar.
Lebih menarik lagi, karya Husnina atau lebih dikenali sebagai Shieyruna ini mencatatkan lebih 2 juta bacaan di platform tersebut.
Novel Wattpad Webtoon Studios karya Shieyruna ini juga mendapat kerjasama PUBG Mobile.
Naskhah ini juga sebenarnya menjadi tular di platform TikTok dengan jumlah lebih 11.7 juta tontonan.
Jadi di sini kami kongsikan watak-watak menarik dari Kau Vs Aku, ha mana satu watak anda masa sekolah dahulu?
#Shasha Abedul sebagai Aulia Zulaikha
Gadis yang cantik, bersemangat dan sering menjadi perhatian ramai. Aulia juga cuba untuk berdikari dan tidak mahu bantuan daripada sesiapa.
Selain itu, Aulia juga bercita-cita untuk menjadi seorang penulis. Demi mencapai cita-citanya, Aulia terpaksa memuat naik video berjudul Study With Me di YouTube untuk mengumpul wang bagi melanjutkan pelajarannya di Australia.
#Dini Schatzmann sebagai Danish Aryan
Selain memiliki rupa paras kacak dan mampu menambat hati wanita, Danish juga merupakan seorang yang berpengaruh!
Boleh bayang tak macam dah ada rupa eh sekali boleh main bola sepak pulak. Abang-abang sport lah kiranya. Kalau di sekolah lelaki seperti ini memang ramai yang jadikan crush!
Ehem Danish juga merupakan rakan sekelas Aulia dan bad boy ini juga adalah influencer guys!
#Mia Sara Shauki sebagai Shanina
Shanina atau nama panggilannya Nina ni sebenarnya kawan Aulia. Dia lebih suka menghabiskan masa di rumah dengan bermain video game terutamanya PUBG Mobile, cool kan?
Jarang ada perempuan suka main video game macam Nina ni sampaikan bila dia terlalu power, ramai yang tertanya-tanya identiti sebenarnya.
Nina juga sangat defensive terhadap rakan-rakannya jadi awas eh! Jangan buat hal dengan kawan-kawan Nina tau.
#Hafidz Roshdi sebagai Emir
Bila ada yang kacak macam Danish ha mestilah ada watak antagonis kan? Member rasa tercabar beb!
Emir ni pula menjadi kesukaan bapa Aulia. Apa sahaja yang dia lakukan, eh semuanya nampak sempurna.
Sampaikan bapa Aulia ni mempunyai hasrat untuk jadikan Emir ni menantu dia satu hari nanti. Tapi Emir pun bukan calang-calang, akademiknya cemerlang ya.
Sudahlah bijak, dia juga merupakan graduan dari UK tau, ha nampak macam seorang lelaki yang sangat perfect kan?
Tapi apa yang tak best tentang Emir ni adalah sikapnya. Sangat panas baran dan gigih. Sah-sah banyak drama antara Emir dan Danish, nak tahu apa? Eh kenalah tonton Kau vs Aku guys.
#Atikah Suhaimi sebagai Putri Hannisya
Ha yang ini boleh dikategorikan sebagai princess feeling gitu. Seorang yang cantik dan dia sendiri juga mengetahui tentang fakta tersebut.
Ramai yang takut dengan geng-geng Putri ni sebenarnya, yelah gadis popular kan. Nak kawan pun mesti memilih kan.
Bagaimanapun dia dimanipulatif dari segi emosi, jadi Putri menggunakan orang lain untuk mendapatkan apa yang dia mahukan.
Tapi drama antara Putri dan Aulia sangat berbaloi untuk ditonton. Confirm havoc teruk bila bergaduh.
Saksikan Kau Vs Aku bermula hari ini, setiap Jumaat, di sooka.my
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Meerqeen Suka Karaoke, Mierul Aiman Ditahan Peminat, Sharifah Sakinah Hantu Paling Slay! Ini Antara Perkara Menarik Di Acara Hello Putrajaya

gempak
25/06/2024
09:55 MYT
Astro terus membawakan pengalaman baharu untuk lebih dekat kepada pelanggan menerusi Jelajah Hello di seluruh di bandar di Malaysia.
Filem

Atas Permintaan Tinggi, Filem Sheriff Kini Boleh Ditonton Menerusi Astro First di Astro & sooka!

gempak
21/06/2024
04:55 MYT
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.
Drama

Kau vs Aku 2: Ramai Puas Hati Episod Akhir Siap Minta Musim Ketiga! - Best Sangat Cerita Ni, Nak Lagi”

gempak
02/02/2024
14:41 MYT
Ramai nak musim ketiga.
Drama

Kau vs Aku 2: Episod 7 Banyak Permainan Emosi, Danish Cuba Jadi Teman Lelaki Terbaik, Hubungan Aulia & Farhan Pula…

gempak
31/01/2024
12:55 MYT
Apa yang bakal terjadi pada Danish dan Aulia eh?
Drama

Kau vs Aku S2: Recap Episod 3 - Farhan Dah Mula Pikat Aulia & Sophia Semakin Licik

gempak
30/01/2024
11:55 MYT
Kau vs Aku 2 recap episod 3.