sooka, aplikasi penstriman hiburan tempatan Malaysia kini telah mengembangkan lagi tawarannya dengan lima lagi saluran TV Penstriman Percuma yang Disokong Iklan atau Free Ad-supported Streaming TV (FAST), menjadikan jumlah keseluruhan saluran FAST di sooka kepada 10.

Saluran FAST tersebut, yang diperkenalkan hasil kerjasama dengan Amagi, ditawarkan tanpa kos tambahan untuk tontonan para pelanggan sooka melalui TV pintar atau peranti mudah alih mereka.

Saluran FAST di sooka merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara, dan memberikan para pengguna akses kepada semua kandungan kegemaran mereka di satu destinasi yang mudah dinavigasi, ditonton, dan dikongsi.

Buat masa sekarang, sooka mempunya 5 saluran FAST iaitu K-Popcorn, ESTV, CarbonTV, TAYO+ dan Gusto TV, dan telah menambah 5 lagi saluran FAST baharu, memberikan penggunanya sejumlah 10 saluran untuk dinikmati.

Lima saluran FAST baharu di sooka adalah:


Pelanggan yang berminat boleh menonton sepuluh saluran baharu ini secara percuma selepas mendaftar dengan sooka, dan jika mereka inginkan kandungan premium, mereka boleh melanggan mana-mana pelan langganan sookaEntertainment, Sports & Entertainment dan sooka TV masing-masing pada harga RM15.90, RM34.90 dan RM62.90 sebulan.

Untuk menikmati sooka dan menonton aksi sukan Live kegemaran anda dan kandungan hiburan tempatan terbaik pada peranti mudah alih dan skrin besar, muat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih) dan Samsung, LG, Sharp dan Android TV terpilih dengan versi 8 dan ke atas (untuk TV pintar). Semua pelan langganan sooka adalah tanpa kontrak serta tanpa komitmen.