Hiburan
“Soon… Our Own Journey…” – Zahirah Kongsi Foto ‘Pre-Wedding’, Peminat Dah Mula Rasa Tak Sabar
Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelakon Zahirah Macwilson bakal mendirikan rumah tangga dengan aktor Aiman Hakim Ridza.
Keterujaannya itu dikongsi oleh Zahirah menerusi beberapa foto pra-perkahwinan yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam (Ahad).
Menerusi lokasi yang diletakkan, pasangan dua sejoli telah merakamkan momen manis mereka di North Perth, Western Australia.
Foto-foto tersebut juga jelas menunjukkan wajah berseri bakal pengantin Zahirah dan Aiman ini hangat dilamun cinta.
Foto tersebut ternyata membuatkan peminat Zahirah dan Aiman berasa teruja dan tidak sabar menantikan hari bahagia selebriti kesayangan mereka yang akan diraikan pada 20 Februari ini.
“Tak sabarnya nak tunggu wedding of the year 2020,” komen @akmalaarif
“Alhamdulilah. Tak lama dah tu. Tarikh yang ditunggu-tunggu. Semoga dipermudahkan segala-galanya. Love you all,” tulis @nuremi18
Terdahulu, Zahirah dan Aiman telah mengikat tali pertunangan di kediaman ibu pelakon wanita itu di Perth, Australia pada 8 Jun 2019.
Difahamkan kisah percintaan mereka bermula sekitar Disember 2018 apabila Aiman dan Zahirah mula memuat naik foto mereka berdua di laman sosial masing-masing.
Must-Watch Video