Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sopan Masa Majlis Nikah, Ramai Puji Penampilan Manis Bertudung Sweet Qismina! - "Moga Adam Dapat Bimbing Qis"

Amri Hassan
24/10/2022 21:45 MYT
Pasangan pelakon merpati dua sejoli, Sweet Qismina dan Adam Lee telah selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada Isnin.

BACA: Dengan Sekali Lafaz, Sweet Qismina Kini Milik Adam Lee! Mas Kahwin RM2,410.97 Simbolik Kepada ...

Namun, apa yang menarik perhatian adalah penampilan Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhana Qismina Supandi, 25, yang manis bertudung ketika akad nikah.

Ada yang membandingkan dengan beberapa selebriti tanah air lain yang memilih untuk tidak berhijab ketika majlis akad nikah, ramai juga tidak melepaskan peluang merakamkan ucapan tahniah buat pasangan itu.

"Walaupun jenis freehair tapi bila bab macam ni Alhamdulillah dia bagus dan sopan. Tak macam sesetengah artis nikah pun kalau boleh dedah sana sini. Dia tutup aurat masa nikah. Moga Adam dapat bimbing Qis nanti," tulis seorang pengguna di ruang komen Facebook Gempak.

Sahut pengguna lain pula; "Nanti kalau dia dah terbuka hati nak berhijab sepenuhnya, tak adalah susah-susah censored rambut kalau nak throwback gambar kahwin kan..."

Selain itu ada juga yang melihat Sweet Qismina dan Adam sebagai pasangan yang bersih kontroversi, sekaligus mendoakan mereka agar kekal sedemikian.

"Pasangan yang tak banyak kontroversi. Chill dan very low profile. Tiba-tiba sudah saling memiliki. Tahniah.

"Comel dan sepadan. Tak ada nak heboh-heboh, tup-tup kahwin. Majlis pun dipermudahkan.

Untuk majlis akad nikah, Sweet Qismina menyarung persalinan gaun rekaan Amaze dan ditatarias oleh Sahir Sabri. Manakala hijabnya digayakan oleh Naz Living a Style.

A post shared by AMAZÉ Pronounced “a:ma:zei” (@amaze_official_)

A post shared by SAHIRSABRI (@sahirsabri)



Foto: Sahir Sabri, WSVS.co

#Nikah #Tudung #Sweet Qismina #Adam Lee #Sopan #Amaze #Sahir Sabri
;