HIBURAN
Sopan Santun Panggil ‘Encik Nabil, Encik Hun’ Dalam Rancangan Meletop, Anak Aliff Syukri Dipuji Netizen - “Jarang Kita Dengar…”
Gelagat spontan anak usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan ketika muncul dalam rancangan Meletop baru-baru ini mencuri perhatian netizen di media sosial.
Menerusi satu klip video yang tular, Ammar dilihat menyertai permainan Battle Meletop bersama adiknya, Qadeejah El Zahra serta barisan artis popular seperti Mira Filzah dan Shiha Zikir dalam kumpulan wanita, manakala kumpulan lelaki terdiri daripada Hun Haqeem dan pengacara Meletop sendiri, Nabil Ahmad.
undefined
Namun, apa yang paling mencuri perhatian adalah tutur kata Ammar yang beradab tinggi apabila memanggil kedua-dua selebriti lelaki itu sebagai ‘Encik Nabil’ dan ‘Encik Hun’ ketika berkomunikasi dalam permainan tersebut.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap didikan yang diberikan kepada Ammar sehingga mampu mengekalkan nilai kesopanan walaupun dikelilingi artis di set rancangan hiburan.
“Encik Hun, Encik Nabil. Respectful.
“Ammar walaupun tak berniat nak buat kelakar, tapi setiap perbuatan dia memang mencuit hati. Bakat terpendam dan aura dia.
“Bagus Ammar, penuh adab sopan. Panggilan sopan ini yang mahal dan jarang kita dengar sekarang,” komen beberapa netizen.