"Sopan Tapi Vass!" - Gaun Kahwin Paris Hilton Jadi Sorotan Netizen, Bertukar 3 Busana Ketika Resepsi
Asraf Aided
13/11/2021 12:27 MYT
13/11/2021 12:27 MYT
Selebriti terkenal Hollywood, Paris Hilton telah melangsungkan perkahwinan dengan suaminya yang merupakan ahli perniagaan, Carter Reum pada Khamis.
Majlis perkahwinannya diadakan dalam suasana serba mewah di Bel Air Estate, California milik mendiang datuknya, Barron Hilton.
Antara tetamu dan rakan selebriti 'A-list' yang menghadiri majlis tersebut adalah sahabat baiknya Kim Kardashian, Nicole Richie, Paula Abdul dan Emma Roberts.
Menerusi Instagram, Paris meluahkan rasa bahagia yang akhirnya bertemu pilihan hati.
"Sekarang akhirnya saya jumpa milik saya, tak sabar rasanya nak berkongsi hidup dengan kamu (merujuk suaminya).
"Kamulah lelaki pertama yang saya betul-betul terbuka hati dan jadi diri yang sebenar.
"11/11 akan sentiasa menjadi hari yang penting dalam hati saya," coretnya.
Ketika acara perkahwinannya, Paris memakai persalinan pengantin daripada pereka terkenal Oscar de la Renta berwarna putih dipenuhi perincian bunga-bungaan.
Paris memberitahu Vogue, dia amat menyukai hasil kerja pada persalinan tersebut yang mengambil masa berbulan untuk disiapkan.
"Saya mahukan sesuatu yang timeless (tidak bermusim), elegan, chic dan ikonik, tentunya saya sangat gembira," katanya.
Bukan itu sahaja, Paris juga bertukar persalinan dengan memakai gaun dari pereka Galia Lahav untuk menari bersama suaminya itu. Kemudian, Paris bertukar ke persalinan Oscar de la Renta yang lebih singkat. Selepas itu, sosialit tersebut bertukar pakaian lagi menyarung gaun Pamella Roland dengan perincian sequin, sulaman mutiara dan cape berwarna putih.

Terdahulu, Paris pernah bertunang tiga kali dengan jejaka berbeza namun putus di tengah jalan.
Kredit Foto: People (Jose Villa/Shutterstock , Christopher Polk/Shutterstock , Jose Villa/ Shutterstock & Miles Diggs/Shutterstock)
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!