Sophia Albarakbah Minta Netizen Henti Ungkit Kontroversi Lama - “Sedangkan Allah Pun Ampunkan Hambanya”
Pelakon, Sophia Albarakbah membidas kenyataan netizen yang mengungkit kisah silam dan memintanya untuk menjaga maruah serta memahalkan dirinya sebagai seorang wanita.
Sophia atau nama lengkapnya, Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman,32, menegaskan bahawa isu tersebut sudah terlalu lama dan tidak sepatutnya terus diungkit.
“Dah berapa tahun punya case, kalau asyik nak ungkit sampai bila pun tak selesai.
“Sedangkan Allah pun ampunkan hambanya, awak sekerdil, sejijik manusia kenapa angkuh sangat,” balasnya.
Nama Sophia kembali hangat diperkatakan selepas momen janggal menerima anugerah daripada penyanyi, Bella Astillah di sebuah majlis hiburan baru-baru ini.
Sebelum ini, nama Sophia meledak selepas Bella mendakwa dia menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan Aliff sekitar Januari 2023.
Bella turut memuat naik tangkap layar memaparkan aktres itu memohon maaf dan ingin memperbetulkan keadaan berkaitan dakwaan mengganggu rumah tangga pasangan itu.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 2016 dan disahkan bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.