,
Laman Utama

Sophia Albarakbah Risau Berganding Dengan Suami Orang, Puji Sikap Isteri Shahz Jaszle

Mya Amri
07/07/2022
09:24 MYT
Pelakon Sophia Albarakbah akui senang bekerja dengan pasangannya dalam drama Cinta Hilang Kata, Shahz Jaszle.
Menurut Sophia, walaupun Shahz sudah berkahwin namun isterinya, Hanis sangat memahami kerjaya suaminya.
"Saya kenal dengan isteri Shahz, Hanis jadi tidak timbul masalah untuk bekerja dengan Shahz Jaszle.
"Malah, Hanis sendiri yang akan masukkan apa-apa promo berkaitan drama ini ke dalam media sosial suaminya," pujinya.
Sophia berkata demikian ketika ditemui pada majlis perlancaran drama terbaharu Astro Prima, Cinta Hilang Kata pada Selasa.
Turut dilancarkan juga adalah runut bunyi drama berkenaan berjudul Bahagiakan Dia nyanyian Shila dan Liza Hanim.
Mengulas mengenai adegan romantik dalam drama, Sophia tidak menafikan kadang kala timbul kerisauan sekiranya digandingkan dengan pasangan lakonan yang berstatus suami orang.
Bagaimanapun kata Sofea, dia bersyukur kerana isteri mereka memahami babak sweet itu hanya dilakukan atas tuntutan kerja selain bersikap profesional.
"Memang ada perasaan risau sebab kita sebagai wanita, kalau suami kita berlakon dengan perempuan lain mesti kita akan ada perasaan cemburu itu.
"Sebagai perempuan, pada mulanya saya rasa sedikit takut. Saya bertanya juga sama ada dia okay ke saya berlakon dengan suami dia.
"Tapi semua isteri pelakon yang saya pernah bekerja, semuanya sangat memahami tuntutan kerja suami, jadi tiada masalah," jelasnya.
Selain Shahz Jaszle, Sophia sebelum ini pernah bergandingan dengan Datuk Aaron Aziz, Fattah Amin dan Datuk Adi Putra Cinta Hilang Kata akan ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 18 Julai 2022 secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima (105).
Drama ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Alice Chang Dakwa Kini Hamil Anak Kepada Suami Orang Berstatus Datuk Seri – “Kami Baik Saja, Hubungan Kami Stabil”

gempak
24/10/2024
08:00 MYT
Adik beradik Chang kontroversi Adeline dan Alice tiba di Mahkamah Sepang pagi ini dengan menaiki e-hailing.
Hiburan

Shahz Jaszle Hargai Pengorbanan Isteri - “Dia Cantik, Cukup Sempurna & Syukur Saya Miliki Wife Terbaik”

gempak
19/10/2024
07:55 MYT
Pelakon, Shahz Jaszle akui sangat menghargai pengorbanan isterinya, Nur Hanis Husna dalam menguruskan rumah tangga dan juga kerjayanya.
Hiburan

“Saya Rasa Sama Ada Seseorang Itu Suami Atau Tidak, Kita…” - Selesa Berlakon Bersama Alif Satar, Sophia Albarakbah Tetap Jaga Batas

gempak
28/09/2024
11:55 MYT
Pelakon, Sophia Albarakbah akui selesa digandingkan bersama aktor, Alif Satar dalam filem ‘Reeza GTR’.
Hiburan

Terima Banyak Hantaran Lucah, Sophia Albarakbah Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

gempak
14/08/2024
04:20 MYT
Terima pelbagai komen lucah dan hinaan secara atas talian, pelakon Sophia Albarakbah sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pelayar media sosial yang bertindak melakukan perbuatan tersebut.
Hiburan

Zamarul Hisham Masih Terima Mesej Berbaur Godaan - “Pelik Juga, Sekarang Ramai Minat Suami Orang”

gempak
26/07/2024
12:55 MYT
Pelakon, Zamarul Hisham mengakui masih menjadi ‘buruan’ peminat yang menggodanya walaupun usianya sudah menjangkau 53 tahun.
Unitar