Laman Utama
“Sorang Awak Kutip 100, 10 Orang Dah Berapa?” - Beby Tora Kecewa Ditipu ‘Scammer’ Minta Bantuan
Personaliti media sosial Beby Tora meluahkan rasa kecewanya apabila ditipu pihak tak bertanggungjawab yang meminta bantuan kononnya terjejas pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (total lockdown).
Menerusi laman sosial Instagram, Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfathie berkongsi luahan tersebut untuk tatapan umum.
“Kita tolong sebab kesian. Tapi tak sangka kena scam. Jangan la amik kesempatan waktu-waktu macam ni ya. Kalau awak menipu sebab nak dapatkan bantuan, duit awak amik tu tak berkat tau.
“Ramai ya dapat DM awak. Sorang awak kutip 100, 10 orang dah berapa. Lepas ni kita pos sendiri makanan tu senang. Kalau takmau share alamat tu, something wrong somewhere la,” tulisnya di ruangan IG story.
Bercerita lanjut mengenai penipuan itu, Tora memaklumkan penipu terbabit memberikan alasan tidak mahu berkongsi alamat rumah kerana takut bapa saudaranya marah.
“Bila minta alamat nak kasi bantuan, terus taknak. Sebab katanya takut ayah sedara marah share alamat. Ayoo alasan tak logik,” katanya lagi.
Namun, ‘scammer’ ini tidak menghalang Tora untuk terus membantu golongan yang benar-benar terkesan sepanjang pandemik ini.
Jelas Tora, dia tidak mahu lagi memberikan wang ringgit tetapi memilih untuk memberi barangan makanan yang akan dipos terus ke alamat penerima.
“Hat DM minta bantuan tu sabaq sat, aku balas satu-satu sebab ramai. Tapi aku pos makanan ja tau pi alamat hangpa.
“Aku tak bagi duit, sebab aku buat sendiri-sendiri, takde team. Bantuan ikhlas dari aku sendiri,” jelasnya lagi.
Must-Watch Video