Penyanyi Misha Omar telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri.

Foto tersebut menunjukkan Misha bersama penyanyi dan komposer Hael Husaini di 'backstage' ketika malam Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019).

Namun, foto tersebut telah menjadi perhatian netizen untuk meninggalkan komen kritikan serta perasaan tidak berpuas hati dengan persembahan mereka pada malam itu.

Namun, Misha tidak berdiam diri malah terus menjawab dengan tenang.




Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pengikut yang meninggalkan kata-kata positif dan mempertahankan Misha.

Ada netizen berpendapat dengan mengatakan tidak seharusnya tersalah melakukan satu kesalahan terus dijatuhkan hukuman dan seharusnya melihat kepada kejayaan Misha sebelum ini.

Pada malam AME2019, Misha dan Hael telah menyanyikan sebuah lagu English, Rewrite The Stars.

AME2019 dihoskan oleh Neelofa, Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu telah berlangsung dengan meriah.

AME2019 menobatkan Khai Bahar dan Siti Nordiana sebagai pemenang Top Top MeleTOP Lelaki & Wanita pada edisi penganjuran kali ini.

Bertemakan Glam, AME 2019 bersiaran secara langsung pada jam 9.00 malam dan disiarkan di saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Maya HD (134).

? shot by @aqoimran . Anugerah Meletop Era 2019 #ame2019 . M I S H A O M A R in @dior , accessories by @tiffanyandco and styled by @colinsim . Make up : @shengsaw . Hair : @bibianleong . Thank you so much!!???

A post shared by Misha Omar (@mishaomar) on