HIBURAN

Sorok Kemesraan Bersama Isteri, Iddin Ramli Jawab Dakwaan Sudah Bercerai - “Kami Memilih Untuk…”

Asyraf Roslan 14/03/2025 | 13:55 MYT

Pempengaruh, Iddin Ramli akui terkejut apabila ada pihak yang bertanya adakah dia dan isterinya, Bella sudah tidak lagi bersama.

Bagaimanapun, Iddin dengan nada tenang menjelaskan bahawa dia dan isteri masih lagi bersama namun memilih untuk tidak terlalu berkongsi momen bersama di media sosial.
“Nak jawab soalan korang ni agak complicated,​​ kita ini hidup berumah tangga, pasangan mana yang tidak diuji? Semua rumah tangga diuji dan kami pun sudah mempunyai dua orang anak.

“Sebenarnya ini adalah keputusan kami sendiri. Kami memilih untuk memprivasikan hubungan kami, harta dan apa yang kami ada. Tetapi, hubungan kami okay sahaja.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Iddin berkata mengapa dia tidak terlalu berkongsi kemesraan bersama isteri di media sosial kerana risau sekiranya terkena penyakit ain.

“Kami memilih untuk melakukan perkara itu kerana di luar sana ada banyak mata-mata, ada yang memerhati, ada yang memuji, ada yang membenci dan sebagainya.

“Keputusan ini juga adalah untuk mengelakkan penyakit ain, penyakit yang sangat bahaya bahkan Nabi Muhammad S.A.W pun sebut tentang penyakit ini.

“Orang yang paling banyak mendedahkan kebahagiaan, tentang hidupnya mempunyai peluang yang besar untuk terkena penyakit ain,” katanya.

Iddin menjelaskan perkara itu selepas individu mendakwa dia bercerai kerana isterinya tidak muncul di platform media sosial miliknya.

#Iddin Ramli #Hubungan Suami Isteri #Dakwaan Bercerai