"Sorry Chris!" - Ummi Nazeera Lebih Sukakan Yang Lama Kerana...

Asraf Aided
Jun 19, 2019 13:34 MYT
Pelakon Ummi Nazeera berkongsi pendapat mengenai filem terbaru Men In Black (MIB): International.
MIB: International yang sedang hangat ditayangkan di pawagam merupakan filem spin-off tiga filem Men In Black yang pernah muncul pada 1997, 2002 dan 2012.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Ummi, filem MIB: International itu sepatutnya dihasilkan lebih baik namun dia masih menyukainya.
"We watched Men in Black : International, my take on it, it was not bad.
"Could have been better and we prefer the first one, Sorry Chris!
"You guys dah tengok? Review please but no spoilers ya," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen berbeza, kebanyakkannya memuji kecantikan Ummi.
Sedikit info mengenai Ummi, pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2008 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
#Ummi Nazeera