“Sorry Kepada Yang Request Nak Follow…”- Sarimah Ibrahim Terpaksa ‘Private’ IG Anak Kerana…

Syafiqah Jalal
Ogos 11, 2020 10:52 MYT
Pelakon dan personaliti televisyen, Che Puan Sarimah Ibrahim memohon maaf kerana terpaksa untuk tidak menerima permintaan pengguna laman sosial yang hendak mengikuti anaknya di akaun Instagram bernama @tunkusofianajihah.
Menurut Sarimah, akaun IG anaknya itu ditukar ke mod privasi kerana anaknya masih kecil.
“Maaf kepada yang yang request to follow Sofia. Akaun tersebut adalah privasi setakat ini sebab masih baby lagi.
“Akan datang kami akan buka kepada public ya. Biar dia tak kenal sosial media life lagi for now hehe,” katanya.
Sarimah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Sarimah memuat naik foto selepas selesainya majlis Jejak Tanah puteri sulungnya itu yang kini berusia setahun.
Menurut Sarimah, acara yang berlangsung pada Sabtu itu merupakan adat Di Raja Negeri Sembilan yang menjadi amalan tradisi.
“Selesai sudah. Alhamdulillah. Adat Di Raja Negeri Sembilan. Hari ini merupakan majlis Jejak Tanah Tunku Sofia Najihah,” kongsinya di Instagram.
Tambahnya, majlis tersebut itu sepatutnya dilaksanakan lebih awal, namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, ia terpaksa ditangguhkan pada semalam.
Sarimah mendirikan rumah tangga dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie yang juga merupakan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 pada 2 April 2015.
#Anak #IG #Sarimah Ibrahim