Gaya Hidup
“Sorry Kucing Hilang” - Kucing Hilang Di Bawah Penjagaan Hotel Haiwan, Netizen Mohon Saman!
Seorang pengguna Twitter bersedih apabila kucing kesayangannya hilang ketika berada di bawah penjagaan sebuah hotel kucing.
Menerusi laman sosial Twitter, jejaka yang menggunakan nama @shearer_alan_ memuat naik satu kicauan tentang kehilangan kucing yang dibelanya sejak enam tahun lalu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi perkongsian itu, difahamkan kucing yang diberi nama Justin itu telah hilang selama seminggu namun tidak dimaklumkan langsung kepada tuannya.
Malah, hotel haiwan itu telah memberikan seekor kucing baru sebagai ganti.
“Mereka beri kucing baru sebagai ganti. Nak diikutkan hati, memang tak nak kucing lain, nak Justin jugak. Dia ingat haiwan tu barang ke boleh diganti semula? No Tiada pampasan boleh menggantikan seekor kucing yang sudah dianggap sebagai keluarga,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya bersedih dan marah dengan nasib yang menimpa pengguna tersebut.
Ramai yang menyarankan agar pengguna tersebut membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap hotel kucing tersebut agar mereka ambil pengajaran dan tidak melakukan kesilapan yang sama.
“Bayangkan hantar anak pergi taska lepas tu mereka kata anak hilang dan mahu gantikan dengan anak baru,” komen seorang wargamaya.
“Buat report polis. Ini adalah kesalahan perniagaan dan pengabaian. Kucing itu adalah harta kita. Keluarga kita. Jangan ingat diorang senang-senang nak lepas tanggung jawab,” tulis seorang wargamaya.
“Memang mereka tak bertanggung jawab. Nak bisnes tapi tak serius. Jauhilah daripada menghantar kucing ke kedai itu. Biar dia belajar macam mana nak bisnes,” seru seorang wargamaya.
“Cuba cakap dengan kucing jalanan suruh diorang carikan kucing you. I pernah nampak tweet seseorang. Kucing dia balik rumah lepas tu,” cadang seorang wargamaya.
“Inilah mimpi ngeri terburuk saya. Dulu hantar juga kucing saya kat kedai haiwan gini. Tapi tak sedap hati sebab bila waktu main, dia lepas je kucing kat dalam. Sekali tu saya siap tolong kejar lagi satu anak kucing yang serbu keluar masa ada pelanggan buka pintu.
Takziah, bro. Semoga jumpa balik,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, kicauan tersebut telah menerima hampir 5,000 ulang kicau daripada warga Twitter.
Pihak Gempak mendoakan agar Justin segara pulang ke pangkuan tuannya yang disayangi.