Rapper dan usahawan terkenal, Caprice tidak mahu mengulas tentang isu pengacara Azwan Ali mengatakan dia tidak mengenali Naim Daniel yang memenangi Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) baru-baru ini.



Berdasarkan foto paparan skrin yang dikongsi di laman Instagram, Caprice telah diminta oleh seorang netizen untuk memberi pendapatnya tentang perkara itu.

"Sorry gang, not my level," tulis Caprice ringkas sebagai kapsyen dan enggan mengulas lanjut.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Caprice di ruangan komen.

Rata-rata mereka turut bersetuju dengan tindakan Caprice itu.

Sorry gang, not my level. ?

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on


Terdahulu, menerusi laman Twitter, Azwan mendakwa dia tidak mengenali juara AJL34 itu.

Tidak berdiam diri, Naim turut memberi respon terhadap perkara tersebut.

BACA : "Siapa Jadah Ni? Semak Stage Konon Juara? Pok*m*k Kau Lah!" - Diva AA Tak Kenal Juara AJL34, Ini Jawapan Naim Daniel