“Sorry, Pak Cik Staff Pembersihan Lagi Berjasa” - Fauzi Nawawi Dikecam Kerana Mahu Netizen Jaga Adab
Izwan Isa
08/10/2021 00:55 MYT
08/10/2021 00:55 MYT
Menerusi satu sesi siaran langsung di Instagram baru-baru ini, pelakon Fauzi Nawawi berpesan kepada orang ramai supaya menjaga adab ketika berbicara dengan artis, memandangkan penggiat seni hanya bekerja untuk menghiburkan peminat.
Katanya, banyak yang telah ditelan sepanjang bergelar pelakon dan sepatutnya peminat dan orang ramai perlu memberi mereka sedikit ruang untuk ‘bernafas’. Bagaimanapun, kenyataan Fauzi menerusi sesi siaran langsung tersebut dilihat seperti memakan diri sendiri.
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen di sebuah forum hiburan, rata-rata membidas kenyataan pelakon itu dengan memberikan alasan bahawa bidang lakonan merupakan pekerjaan bergaji buat golongan selebriti.
Justeru, istilah menghiburkan seperti tidak relevan memandangkan mereka dibayar untuk muncul di kaca televisyen manakala peminat pula membayar hiburan yang ingin dinikmati pada masa kini.
“Tak siapa suruh hiburkan sesiapa. Pelakon buat semua dapat duit, bukan percuma untuk hiburkan orang. Berlakon bukan kerja kebajikan,” ujar seorang pengguna forum berkenaan.
Menerusi satu lagi komen, seorang pengguna mengakui penat melihat segelintir golongan selebriti yang dilihat seperti menggalas tanggungjawab untuk menebar jasa dalam kalangan masyarakat.
“Penatlah tengok artis acah-acah menggalas tanggungjawab besar dan banyak berjasa kepada masyarakat umum. Maaf, pak cik staff pembersihan lagi berjasa.
“Rakyat tengok drama atau filem di televisyen bukan 100 peratus percuma. Kami tengok iklan dan beli barang yang diiklankan. Duit itu pusing balik sebagai dana buat drama. Jadi, kami tidak hutang satu sen pun,” tulisnya.
Dalam pada itu, ada yang berpendapat bahawa kritikan dan kutukan adalah asam garam apabila sudah bergelar selebriti.
“Jadi selebriti, automatik perlu signed pakej kena hencap. Tentulah benda tu tak adil sebab selebriti pun manusia juga, tapi nak buat macam mana… dah kamu pilih jalan untuk hidup dalam dunia glamor, nak satu dunia kenal kan, jaga diri kamu sajalah,” ujarnya.
Menerusi sesi siaran langsung berkenaan, Fauzi berbicara mengenai cabaran bergelar anak seni yang sentiasa menerima kecaman. Sesi tersebut turut disertai oleh pelakon Hafeez Mikhail dan Jasmin Hamid.