Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Sorry Tapi Sengau!" - Komen Jujur Netizen Bila Fattah Amin Cuba Nyanyi Lagu Raihan

Amri Hassan
17/05/2019 05:43 MYT
Selepas kejayaan Alif Satar menyanyikan lagu nasyid Sesungguhnya milik kumpulan Raihan hingga menjadi fenomena, tiba pula giliran Fattah Amin untuk mencuba nasib.

Menerusi kemas kini akaun Instagramnya semalam, suami kepada pelakon Nur Fazura itu mendendangkan lagu Iman Mutiara dalam versi akustik bersama petikan gitar.

"Iman adalah mutiara by Raihan," tulisnya pada kapsyen video terbabit.


Bagaimanapun, percubaan Fattah menerusi video berdurasi 60 saat itu gagal meraih pujian ramai daripada kalangan netizen.

Malah, ada yang mengecam nyanyiannya kedengaran sengau!

"Sorry tapi sengau! Truth hurts but thats the reality," tulis salah seorang pengguna pada ruangan komen.

"Kepit sengau. That's all. Take it," tambah pengguna lain.

"Rasanya better stick dengan career lakonan dan businessman dan model je kot," saran pengguna lain pula.

Bagaimanapun, masih ada segelintir yang memberikan kata-kata semangat agar Fattah tidak berputus asa dan teruskan mencuba.

Tak suka tak payah kutuk..dia minat nyanyi, dia ikhlas nyanyi lagu ketuhanan. Kita banyak-banyaklah bersangka baik, cakap yang baik-baik, fikir yang baik-baik..

"Dengan izin tuhan semua yang baik-baik akan datang kepada kita. (saya bukan muslim tapi saya jaga hati saya dan bersangka baik sesama manusia),"
tulis seorang pengguna.

Fattah sebelum ini pernah merakamkan beberapa buah lagu antaranya Wanita Terakhir, Isterimewa, 1234U, Wanita Terindah, Paling Sempurna dan Syawal Kali Ini.
#Viral #Fattah Amin #Raihan #Viral
;