Bekas isteri kepada Cef Fikree, Syarifah Zuriehan Ben Yahya mendedahkan pernah didekati beberapa jejaka termasuk suami orang.

Bagaimanapun, dia menolak dengan cara mentarbiah mereka selepas memeriksa profil terlebih dahulu.

"Saya dah masak sangat dengan orang yang konon ingat dia bijak sanga tapi metod dan strategi low class.

"Dan kalau dah berkahwin tu tolong jangan nak DM me. Ada seorang dua dah kena tarbiah dengan saya.

"Tengok profil anak sampai dua tiga orang, nasib saya jenis check profil dulu.

"Dan saya tak nak mulakan hubungan baru dari Instagram. Kalau betul lelaki matang, dia akan datang jumpa saya dan Jayden dengan elok-elok.

"Sorry ye tak pernah jadi insan sundal dan minta Allah kekalkan sampai kiamat. Semoga Allah lindung kita semua," tulisnya di Instagram.

I keep posting on Instagram sebab i suka dgn friends geng mak2 yg ada disini..then i feel more confident about my looks and thoughts now. Bukannya utk menggatal. So pls stop buat fake acc utk msg me utk nak konon pancing me..i dah BANYAK pengalaman dgn perempuan sundal dan lelaki sundal. ya nampak i innocent dan bodoh masa kawin dulu and sekarang pun..sebab tu mmg my method utk stay humble.Untuk stay putih kt hati (saya taknak jadi jaded)saya tak suka buat pandai..tak suka nk perasan. dah masak sgt dgn org2 konon igt dia bijak sgt. (tapi method and strategy low class) Dan kalau dah berkahwin tu tolong jgn nak DM me. ada sorang dua dah kena tarbiah dgn saya. tgk profile anak sampai 2 3org..nasib saya jenis check profile dulu. And i dont want to start relationship from Instagram lah..kalau betul lelaki matang..he will court me AND Jayden properly.sorry ye tak pernah jadi insan sundal dan mintak allah kekalkan sampai kiamat.?semoga Allah lindung kita semua❤

A post shared by Syarifah Zuriehan (@zuriehanbenyahya) on


Malah, tujuannya punyai akaun media sosial itu untuk mencari kenalan sesama wanita yang berkongsi kisah kehidupan masing-masing.

"Saya terus mengemaskini akaun Instagram saya sebab saya suka berkawan dengan geng mak-mak yang ada di sini.

"Kemudian, saya rasa yakin dengan diri saya sekarang, bukannya nak menggatal.

"Jadi, berhentilah buat akaun palsu untuk mesej saya konon nak pancing saya. Saya dah banyak pengalaman dengan perempuan dan lelaki sundal.

"Ya nampak saya innocent dan bodoh masa kahwin dulu and sekarang pun, sebab tu memang cara saya untuk kekal begini.

"Saya tak suka buat pandai, tak suka nak perasan," tambahnya.

Cef Fikree dan Zuriehan berkahwin pada 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jayden Malik yang kini berusia 3 tahun.

Kemelut rumahtangga pasangan itu mula tercetus apabila Fikree didakwa berlaku curang terhadap bekas isterinya.

Mereka akhirnya memutuskan untuk berpisah pada Mei 2019.