Tiga botol sos tomato edisi terhad Heinz, yang tertera tatu penyanyi antarabangsa, Ed Sheeran berjaya dilelong dengan harga RM18,521

Memetik laporan berita tempatan yang disiarkan di portal Astro Awani, tiga botol pertama dijual dalam satu acara lelongan di London pada 15 Ogos lalu dengan harga masing-masing sekitar RM5,000 hingga RM7,000.

Lebih istimewa, lukisan pada botol edisi tatu yang diberi nama, Ed Sheeran X Heinz Tomato Ketchup, menggunakan dakwat yang sama dengan tatu penyanyi lagu "Perfect" itu.

We LOVE working with our no.1 fan @teddysphotos To celebrate, we made just 150 bottles featuring Ed's tattoo sleeve! Link in bio to find out how to get one! #EDxHEINZ⁣ ⁣ No purchase necessary. Country exclusions apply. 18+. See link in bio for rules and details.

A post shared by Heinz UK (@heinz_uk) on


Sebanyak 150 botol dikeluarkan dan dijual di seluruh dunia sempena meraikan ulang tahun ke-150 jenama sos tersebut.

Menurut Pengarah Perhubungan Koporat Heinz Kreatif, Nigel Dick, pihaknya menjangkakan tidak ramai pembeli yang akan membuka dan menikmati sos itu.

Sebaliknya, koleksi itu hanya akan disimpan.

An Ed Sheeran X Heinz Tomato Ketchup, Tattoo Edition sold at Christie's Auction House, London last night setting what is believed to be a world record price for a bottle of ketchup... £1,500! Together with @teddysphotos we raised money for our chosen charities @eachhospices and @riseagainsthunger Perfect. #EDxHEINZ

A post shared by Heinz UK (@heinz_uk) on


Difahamkan, sebanyak 104 botol akan dijadikan hadiah dalam satu cabaran global.

Manakala bakinya akan dilelong kepada peminat setia Ed sheeran dan Heinz atau di simpan di muzium.

Sumber: Agensi / Astro Awani