Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Sosial Media Ni Yang Toksik Sebenarnya. Kau Scroll IG Dok Tengok Kehidupan Orang Lain, Lepas Tu..." - Janna Nick

Badrul Hashim
28/10/2020 08:00 MYT
Pelakon dan pengacara sensasi, Janna Nick meluahkan perasaan tentang media sosial terutamanya mereka yang menggunakannya dengan cara yang salah.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Janna berkongsi 'madah' tentang media sosial yang dianggapnya toksik.

"Sosial media ni yang toxic sebenarnya. Kau scroll-scroll IG dok tengok kehidupan orang. Lepas tu insecure sendiri.

"Mula la bandingkan life kau dengan life orang tu. Mula la bandingkan kejayaan orang tu dengan setakat apa yang kau mampu capai," tulis Janna.

Tambah Janna, lebih teruk lagi apabila kita mula hilang rasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

"Paling teruk! Mula la hilang rasa bersyukur kau tu. Apa kau ingat semua yang orang tunjuk, semua yang orang tayang tu betul-betul bahagia? Betul-betul kaya? Betul-betul berjaya?

"Ni semua permainan dunia. Bukan nak kata semua tu dusta semata, tapi siapa yang nak upload cerita duka? Siapa yang nak kongsi kisah luka?" tanya Janna.

Tulis Janna lagi, jangan terlalu berfikiran negatif dan berasakan diri kita terlalu kecil berbanding orang lain.

"Dah...Dah! Jangan fikir negative. Jangan rasa diri kau tu kecik. Bersyukur je dengan apa yang kau dah ada!" coret Janna lagi berserta tanda pagar #jnbermadah.

Sosial media ni yang toxic sebenarnya... Kau scroll-scroll IG Dok tengok kehidupan orang... Lepas tu insecure sendiri.. Mula la bandingkan life kau dengan life orang tu... Mula la bandingkan kejayaan orang tu dengan setakat apa yang kau mampu capai... Paling teruk! Mula la hilang rasa bersyukur kau tu.... Apa kau ingat semua yang orang tunjuk Semua yang orang tayang tu Betul-betul bahagia? Betul-betul kaya ? Betul-betul berjaya? Ni semua permainan dunia... Bukan nak kata semua tu dusta semata.. Tapi siapa yang nak upload cerita duka? Siapa yang nak kongsi kisah luka? Dah...Dah! Jangan fikir negative Jangan rasa diri kau tu kecik... Bersyukur je dengan apa yang kau dah ada! #jnbermadah

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on


Perkongsian Janna tersebut mendapat respon yang positif daripada teman-teman selebriti dan juga peminat.

"This is true. Sosial media bukan tempat yang patut dijadikan comparison. Tapi aku tengok hang bercinta aku pun rasa happy Janna. Takdak pun rasa apa-apa negative.

"Dan lagi satu, some people yang share happy life bukan semua berlakon atau nak menunjuk weyy, setengah orang memang happy so depa boring-boring saja la upload for fun, bukan kata belakang sebenaqnya merana ka apa. Ok aku la tu saja nak backup diri sendiri," komen pelakon Ramona Zamzam panjang lebar.

"Jadikan semangat. Gembira atas kejayaan orang," komen pelakon Izham Ismail pula.

"Love this!" komen pelakon Eyka Farhana.

Janna Nick atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner sudah mempunyai 6.1 juta pengikut di Instagram miliknya dan menjadikan dia sebagai salah seorang selebriti Malaysia yang mempunyai pengikut teramai di sosial media tersebut.

#Janna Nick #Media Sosial #Toksik
;