Daripada dunia perbankan ke Putrajaya!

Pelantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan terbaru menerima pelbagai komen positif orang ramai.

Dilantik sebagai Senator untuk membarisi kabinet terbaharu, jawatan yang kini disandang oleh Zafrul menarik perhatian ramai pihak.





Berusia 46 tahun, Gempak senaraikan perkara menarik mengenai tokoh dari kerabat Selangor dan Negeri Sembilan ini yang mungkin ramai tidak tahu.

Sotong Merah

Zafrul merupakan Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd.

Bank yang menggunakan sotong merah sebagai ikon itu telah diterajui oleh Zafrul selama enam tahun.

Sebelum ini, Zafrul pernah mencurahkan bakti bersama Maybank, Citigroup Malaysia, Kenanga Holdings dan Avenue Securities.

Tak Terlibat Dengan Politik

Pelantikan Zafrul sebagai Menteri Kewangan agak mengejutkan orang ramai kerana dia tidak pernah terlibat dengan politik sebelum ini.

Mempunyai pengalaman selama 23 tahun dalam dunia perbankan, warganet yakin Zafrul mampu menerajui Kementerian Kewangan dengan baik.





Mempunyai Isteri Jelita & 4 Orang Anak!

Zafrul mendirikan rumah tangga dengan seorang kerabat diraja Selangor - Negeri Sembilan yang jelita, Raja Datin Seri Johanna Raja Arshad.

Hasil perkahwinan, Zafrul dan Johanna dikurniakan empat orang cahaya mata yang comel serta bijak.



Aktif Bermarathon

Bukan kaleng-kaleng! Zafrul merupakan antara rakyat Malaysia yang menyertai dan menamatkan kesemua enam acara marathon utama di dunia dibawah Abbot World Marathon Majors.

Abbot World Marathon Majors hanya boleh disertai oleh mereka yang melepasi kelayakan masa tertentu dan biasanya acara-acara terbabit menghimpukan pelari-pelari terpantas seluruh dunia.

Difahamkan, jumlah rakyat Malaysia yang berjaya menyertai enam acara marathon berprestij terbabit adalah sangat sedikit dan Zafrul antara salah seorang yang berjaya menyempurnakannya!

Peminat Liverpool

Selain Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang muncul sebagai mufti pertama di negara ini dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminati Liverpool, Zafrul juga meminati kelab bola sepak ini! Beliau meminati pasukan itu sejak berusia 7 tahun lagi kerana pemain hebat, Ian Rush.

Family Man!

Biarpun sibuk dengan kerjayanya di sektor perbankan, Zafrul gemar menghabiskan masa lapangnya dengan keluarga dan anak-anak.



Selain itu, Zafrul yang suka menikmati nasi lemak ini turut mempunyai minat menyanyi dan meminati siri popular, Game of Thrones.